Episode 55

3.4K 203 27
                                    

Keesokan harinya,

Mereka sudah bersiap. Mujur mereka membawa pakaian salinan. Jika tidak sudah pasti haru biru kampung. Iyalah, pakaian dipenuhi darah Uiff. Semasa mereka bangun sebelum subuh tadi, Sabrina dengan Oti sudah bising kenapa mereka dipenuhi darah dan kenapa mereka tidak mandi dahulu baru tidur. Habis cadar katil sementara mereka sudah dipenuhi dengan bekas darah yang telah kering.

Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi, mereka sedang bersarapan sebelum mereka bertiga diarahkan menemani Oti dan Sabrina menjenguk tempat penempatan baru penduduk kampung.

"Korang ke mana semalam?" Tanya Sabrina lagi. Ini soalan kelima untuk hari ini.

"Bertukang." Itulah jawapan diberi setiap kali diaju soalan yang sama.

"Dah tu kenapa badan korang berdarah. Bukan darah korangkan?" Mereka disoal lagi.

"Ye." Jawab mereka serentak sambil mengunyah makanan dimulut mereka.

Sabrina masih tidak berpuas hati. Pasti sekejap lagi soalan yang sama diajukan kepada mereka. Mereka hanya bertahan sahaja setiap kali diajukan soalan sama.

Apa boleh buat, siapa yang tidak risau jika bangun sahaja dari lena didapati badan mereka dipenuhi dengan darah.

"Dekat mana tempat baru tu kapten?" Soal Cashen sambil memasukkan sup ke dalam mulutnya.

"15 Kilometer ke barat daya dari sini." Ujar Kapten sambil memasukkan roti bakar ke mulutnya.

"Jadi tugas kami pergi pantau jelah?" Soal Sabrina pula.

"Aah.. Pantau dan lindungi Oti."

"Lindungi Oti? Untuk apa?"

"Dia akan memasang pelindung di tapak baru untuk lindungi diri dari ancaman luar."

"Oti pun reti sihir ke?" Tanya Arsh pada Oti yang duduk disebelahnya.

Oti tersengih pada Arsh. Sengihan itu sudah menjawab soalannya.

Perjalanan ke barat daya,

Mereka berjalan terus berpandukan kompas milik Oti walaupun mereka boleh sahaja guna kompas graviti milik mereka tetapi mereka tidak tawar penggunaan kompas graviti apabila Oti berkata kompas lama itu ada sihir penunjuk arah.

Perpatah mengatakan masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Tak perlu menunjuk sudah pasti ada kelebihan ada di kampung ni.

"Hmm..hmmm..hmmm.." Oti mendendangkan sebuah lagu perlahan.

"Hmmm..hmm..Hm..Hmmm"

"Hmm..hmmmm..hm..hmm" Rentak yang dialunkan lembut dan beremosi.

"Lagu apa tu?" Tanya Las yang berjalan di belakang Oti.

"Lagu ni ada seseorang nanyikan ketika dulu."

"Ketika dulu?"

"Ya... Masa tu aku umur dua tahun... Aku masuk hutan sebab bergaduh teruk dengan datuk.. Masa tu, aku nangis. Biasalah, budak lagi kan.."

"Waktu kira dalam tengahari kut tak silap aku. Waktu aku menangis tu.. aku dengar seseorang dendangkan lagu tu tak jauh dari tempat aku nangis."

"Haa.. Hantulah kot.." Usik Las.

"Hahahahaha.. ku pun fikir benda sama jadi aku pun pergilah jenguk siapa yang nyanyi. Seram gak arh masa tu tapi bila fikir waktu tu tengahari jadi beranilah sikit.. Kalau tak dah terkuncil.. Hehehe.."

Las ketawa kecil.

"Bila aku pergi dekat tempat tu..."

Ke situasi Oti ketika berumur 2 tahun,

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now