Episode 35

4K 270 4
                                    

Di alam raksasa, 3pagi.
Sedang Las leka mengibas kembali kenangan silamnya saat dia mula mengenali kumpulannya, muncul seekor raksasa Rakke yang sedang bersembunyi di sebalik pokok. Rakke tersebut mengetap gigi dan kukunya dikeluarkan. Makhluk tersebut bagaikan mahu menyerang hendap Las yang sedang merenung api.

Walaupun kakinya besar seperti arnab tetapi dia boleh bergerak  perlahan dan senyap seperti siput. Dia bergerak dengan penuh hati-hati supaya mangsanya tidak mengetahui kehadirannya.

Sebaik sahaja jaraknya 400 meter dari Las , dia mula bergerak pantas sehingga kakinya tak mencecah tanah. Sebaik sahaja dia mahu menikam Las dari belakang. Las berdiri dan bergerak dua langkah besar ke kiri menyebabkan makhluk Rakke tersasar dan hampir memasuki ke unggun api yang sedang marak.

"?!!!!!!!" Muka Rakke tersebut pucat apabila dia tidak dapat berbuat apa-apa.

Tiba-tiba terasa ada lengan yang gagah merangkul badannya dan dibawah jauh dari api.

"Padan muka.. Siapa suruh buat serangan hedap pada orang yang peka pada perubahana angin." Perli Las yang masih merangkul tubuh Rakke tersebut.

"Tehehehe... Mana nak tahu encik Las masih peka macam dulu." Ucap Rakke tersebut.

Las mendukung Rakke tersebut dan mengangkatnya memandang muka Las.

"Sudah lama encik Las tak bermain dengan saya. Encik Las dah tak sayang saya ke?" Muka Rakke tersebut sengaja dicomelkan.

"Bukan macam tu, Rin Rin. Saya sibuk dengan misi.. Tahukan pahlawan diraja sentiasa bermisi. Kalau tak ada misi pun, mestilah nak luangkan masa dengan kawan-kawan dan keluarga." Ujar Las sambil meletak Rakke bernama Rin Rin di pehanya.

Rin Rin adalah Rakke betina. Umur Rin Rin baru mencecah 400 tahun atau 11 tahun umur manusia. Rin Rin sangat manja dengan Las berbanding dengan ahli kumpulannya yang lain. Rin Rin adalah raksasa yang pertama Las kenal.

"Urmm.." Rin Rin mengangkat kepala. Sebelum telinganya berjaya menangkap dengkuran halus. Dia melihat Arsh dan Cashen yang nyenyak tidur tidak jauh dari Las berada.

"Siapa mereka, encik Las?" Tanya Rin Rin sambil tunjuk manusia di belakang Las.

"Tu.. Arsh dan Cashen.. Saya datang sini untuk latihan musim panas." Ujar Las sambil mengusap kepala Rin Rin.

"Rin Rin dapat rasa kuasa yang sangat kuat pada Arsh." Kata Rin Rin sambil mengetap gigi pada Arsh yang nyenyak tidur.

"Dia dalam proses 'kebangkitan' semula."

"Huh? 'Kebangkitan'?" Rin Rin turun dan berdiri di kayu tempat duduk Las.

"Ya.."

"Maksudnya?"

"Dia tu......" Las sengaja berbisik supaya tidak didengari.

"?!" Rin Rin bagaikan terkejut dengan apa yang didengarinya.

"Ya.. Sekarang misi saya menjaga dia sehingga hari dia sudah 'bangkit'." Ujar Las tenang.

"Encik Las...." Rin Rin mula berair mata.

"Eh? Kenapa?"

"Mesti berat misi kali ini."

"..." Las memerhati Rin Rin dengan senyuman kecil tetapi tidak dapat dilihat kerana mulutnya ditutup dengan kain penutup mulut.

"Saya faham perasaan encik Las! Kuatkan semangat!"

"Ahh.. Yelah.."

"Dia ingat ke kejadian dulu?"

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now