Episode 66

3.5K 226 61
                                    

########

CERITA KALI INI ADALAH CERITA EDISI KHAS DIMANA TERDAPAT PAPARAN GAMBAR BAGI MEMUDAHKAN PEMBACA UNTUK MEMAHAMI GAMBARAN DIBERIKAN. SELAMAT MEMBACA.

#########

Di demensi naga buatan manusia,

Demensi naga buatan manusia atau lebih dikenali oleh penduduk Aqua dan bintang berdekatan sebagai zoo naga.

Demensi ini terbentuk akibat rekahan demensi dan ketidak kestabilan pentagram. Demensi ini pada awalnya adalah demensi terbiar. Tiada benda atau kehidupan hidup di demensi ini.

Walapun dipanggil demensi terbiar tetapi demensi ini sangat indah kerana pokok-pokok menghijau, tanah sesuai bercucuk tanam atau sesuai dijadikan tempat pementasan telur dan terdapat bukit bakau malah udara sangat bersih.

Ini semua hasil cadangan putera mahkota tiga untuk menubuhkan pusat perlindungan naga. Naga yang pelik-pelik, sakit atau terbiar di demensi naga sebenar dibawah dan dirawat oleh pasukan perubatan naga dari Institusi Penjagaan Naga-naga (IPN2).

Selain itu, demensi ini juga menepatkan haiwan belaan atau pasangan pahlawan Aqua.

Nama sahaja demensi naga buatan tetapi banyak sahaja haiwan pahlawan Aqua berkeliaran di sekitar demensi itu.

Ada sahaja, naga-naga ini dilatih untuk menjadi tentera naga jika berlaku peperangan atau masalah di demensi naga.

Naga-naga dijadikan tentera bukanlah semua layak tetapi yang pasti ke semua naga yang layak menjadi tentera pasti bertuan. Untuk menjadi 'tuan' kepada naga-naga ini bukanlah boleh dibeli dengan wang ringgit atau diburu. Naga-naga ini sendiri akan memilih mereka yang layak menjadi tuan mereka. Naga-naga di zoo naga jinak-jinak belaka tetapi mereka tidak membenarkan sebarangan manusia atau makhluk menunggang mereka melainkan 'tuan' mereka sendiri malah penjaga zoo naga sendiri tidak dibenarkan oleh para naga untuk menunggang.

Mereka hidup bebas berterbangan, berlari, berenang, bermanja dengan manusia atau melelapkan diri di bawah dahan-dahan pokok.

=======
"Baiklah! Ini penjaga-penjaga naga dari Institusi Penjagaan Naga." Ujar cikgu Bess sambil menunjuk mereka berpakaian seragam warna merah dan hitam dan terdapat lencana menunjukkan lambang IPN2 di bahu mereka.

"Kamu akan dibahagikan tugas oleh mereka. Ingat tugas ini akan diambil kira sebagai markah PB kamu." Tegas Cikgu Bess .

PB ialah Penilaian Berterusan dimana markah ini diperlukan untuk seseorang itu berubah tingkatan. Sistem ini seperti sistem universiti kerana didalam sekolah mereka sendiri terdapat universiti. Boleh bayangkan besarnya Sekolah Kesyatriaan Aqua Kristal.

"Baik!" Jawab mereka semua serentak.

=======
Waktu tengahari di demensi naga buatan.

Bermulanya misi mereka. Mereka sudah diberi tugas masing-masing. Masing-masing sudah mempunyai anak naga untuk dijaga dan dimanja.

Pelbagai terlantah diberi tunjuk oleh anak naga. Ada yang manja terlebih, ada yang enggan berhubung atau bercakap, ada yang kerja mahu bersujud sahaja atau lebih mudah difahami tidur sambil kepala diletak diatas tanah dan badan atau sayap mereka membulat, ada kerja terbang diudara sehingga lari berkejaran pelajar tersebut mengejar anak naga tersebut dan tak kurang juga anak naga yang kerjanya bertengkak dengan naga yang lebih besar. Kesian siapa yang dapat anak naga perangai begitu.

=======

=======

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.
Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum