Episode 71

3.2K 210 43
                                    

Di suatu tempat yang,

Figura seseorang sedang berdiri ditengah cahaya menyebabkan dirinya tidak dapat dilihat dengan jelas.

Tidak ketahui ia sedang memandang atau membelakangi tubuh. Hanya nampak hitam seperti bayang.

Siapa?

Siapakah figura tersebut?

Siapakah gelarannya?

Siapa sedang berdiri?

Kenapa?

Kenapa ia berdiri disitu?

Kenapa ia tidak bergerak?

Kenapa berdiri disebalik cahaya?

Lelaki?

Atau perempuan?

Tidak dapat dijelaskan jika ia terus berdiri disebalik cahaya. Barangkali ia seorang lelaki? Kenapa? Kerana dia terdapat aura seorang lelaki.

Siapa? Bangsa apa?

Bangsa Manusiakah?

Bangsa Buniankah?

Bangsa Pari-pari?

Bangsa Malaikat?

Bangsa Dewa?

Bangsa Terukis?

Bangsa Permata?

Bangsa Duyung?

Bangsa Sayep?

Bangsa Kosei?

Siapakah kau?

"Aku tiada didalam senarai yang engkau fikirkan."

Tiba suara itu bertutur. Suara lelaki. Jadi tekaan aku tepat. Dia lelaki.

Kau boleh baca apa yang aku fikirkan?

"Ya."

Kau siapa?

"Kau tahu siapa aku."

Selepas dia berkata begitu, entah mengapa bagaikan boleh lihat senyumannya disebalik pembalikkan cahaya.

Kau pemerintah yang seperti mereka perkatakan?

"Barangkali."

Kenapa kau muncul dihadapan aku?

"Siapa tahu."

Adakah engkau ialah dewa atau malaikat?

"Bukan. Aku bukan diantara mereka."

Adakah engkau datang untuk cabut nyawa aku?

"Bukan."

Memberi kuasa pada aku?

"Juga bukan."

Jadi? Kenapa kau muncul dihadapan aku?

Soalan kali ini tidak dijawab tetapi dibalas dengan kemunculan sepasang sayap yang tidak ketahui warnanya kerana dihalang oleh cahaya yang terang benderang.

Sayap? Kau bangsa Sayep?

"Bukan."

Jika engkau bukan bangsa Sayep, Malaikat atau Dewa, jadi kau bangsa apa, wahai Si Pemerintah?

"Aku tiada bangsa. Aku wujud seorang."

Kau tuhankan? Kerana pernah orang cakap Tuhan hanya ada satu.

"Tuhan? Aku tak mahu jadi tuhan. Tidak.. Aku tidak mungkin jadi tuhan kerana aku juga mempercayai kewujudan tuhan."

Buat kali ketiga aku bertanya. Kenapa engkau muncul dihadapan aku?

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora