Episode 91

2.8K 180 16
                                    

"Eh? Apa awak katakan? Peserta pusingan akhir kumpulan B hilang ingatan?!" Cikgu Bess memberitahu pengacara tentang keadaan Cashen.

"Adakah peserta boleh bertarung lagi?" Tanya pengacara.

Cikgu Bess memandang Caren yang berdiri tidak jauh dari situ.

Identiti Caren sebagai Villi terbongkar apabila dia menjerit saat dia melihat Cashen sudah berbogel.

Sesiapa yang kenal Caren ketika itu sudah pasti dapat menganggak identiti Caren.

Gadis mana yang dapat tahan rasa jika kekasih hatinya berbogel begitu?

Mujur tuala membaluti tubuh Cashen ketika itu...

Jika tidak...

Sudah pasti Caren diharung naik ambulan kerana pendarahan mengalir tanpa henti melalui hidung.

Caren menggeleng kepala tanda tidak membenarkan namun entah bagaimana Cashen muncul disisi Caren tanpa disedari oleh Caren.

"Saya hilang ingatan je, bukan hilang kuasa." Ujar Cashen tenang.

Entah mengapa jiwa Cashen ketika itu bagaikan membuak-buak untuk bertarung walaupun dia langsung tidak mengingati bila masa dia memasuki pertandingan malah rakan sekolahnya yang berada disisinya ketika itu juga turut dia melupainya, mujur siapa dirinya, dia mengingatinya.

=====================
Di dewan menunggu,

"Weh, budak PP. Kau boleh ke bertarung?" Tanya salah seorang senior dari sekolah kesaterian Aqua kristal.

Wajah Cashen berkerut apabila dirinya dipanggil PP.

PP? Singkatan pada persatuan pelajar ke?

Cashen mengangguk kepala tanda dia sudah bersedia.

"Dengar sini, Cashen. Pihak lawan kau bukanlah calang-calang, nama dia Kitylie."

"Perempuan?"

"Ya."

"Kau jangan sampai dia tahu yang kau hilang ingatan."

Cashen mengangguk kepala mendengar arahan gadis seksi dihadapannya.

Gadis yang menjerit ketika masuk biliknya dan dirinya tidak mengenali gadis itu namun entah mengapa hatinya berdegup terhadap keprihatinan gadis seksi itu.

Siapakah dia? Kenapa dia berdegup apabila berdekatan dengan gadis? Kenapa dirinya dapat merasai perwatakkan seksi tu bukanlah watak sebenar gadis itu?

Entah. Jawapan dirinya sendiri tidak dapat jawab.

Ah! Abaikan sahajalah mungkin perasan sendiri.

=========================

"Baiklah!!! Sambungan perlawanan semalam yang tertangguh itu akan disambung sekarang!!!!! Masih adakah orang dalam stadium ini?!" Suara Pengacara berceloteh mula bergema didalam stadium serta luar stadium.

Soalan itu diajukan dihadapn para penonton yang sememangnya amat ramai malah lebih ramai berbanding semalam.

Sorakkan serta teriakkan diselangi dengan musik berentak techno dan indie menambahkan suasana gamat yang tersedia gamat.

Tepukkan rentak sama dari para penonton mendendangkan sebuah gema seirama seoleh-oleh memanggil para pejuang keluar ke medan perang.

"Dari arah barat perserta lelaki dari Sekolah kesaterian Aqua Kristal, CASHENNNNNN!!!"

Apabila nama Cashen dipanggil kedengaran keriuhan yang kuat lebih-lebih lagi diri Cashen bergerak dengan wajah dikerutkan sedikit matanya, silau barangkali.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now