Episode 99

3K 182 33
                                    

Digegendang telinga Sabrina seoleh-oleh mendengar bunyi seruling yang menenangkan kepalanya.

Bertambah asyik apabila kedengaran bunyi air mengalir lembut tanpa sebarang bedai yang mengganas.

=========================
Imbas kembali.

Suasana pagi yang menenangkan dibiarkan sahaja tanpa bicara.

"Hoii!!! SABBB!!!"

Suasana pagi dicemari dengan jeritan. Dirinya hanya berdiam diri sahaja.

Dirinya yang sedang berbaring diatas pokok yang sedikit tinggi dari kebiasaan pokok disekeliling.

Heh? Pokok sekeliling? Jangan merepek.

Kawasan tempat tinggalnya sekarang hanya kawasan kering, panas dan berpasir.

Sudah pasti anda membayangkan padang pasir, bukan?

Anda silap! Tempat tinggal mereka adalah kawasan hutan.

Ya...

Hutan...

Hutan yang tidak seperti kebiasaan hutan.

Hutan yang kering...

Tiada istilah rumput-rumput atau lalang yang tumbuh manja disekitar pokok..

Kebanyakkan pokok sudah tumbang atau hanya tinggal tunggul kayu...

Burung yang tinggal hanya seekor dua manakala yang lain hanya tinggal sarang kosong yang sudah rosak atau hampir jatuh dari dahan...

Tiada istilah hutan yang dipenuhi warna hijau mengasyikkan...

Jika warna hijau jarang dilihat..

Apa entah lagi warna-warni dari alam flora..

Jika mereka bernasib baik barangkali mereka dapat melihat bunga yang tumbuh dari pokok bunga...

Tempat mereka sekarang..

Kawasan hutan...

Yang tidak layak dipanggil hutan..

Seperti kawasan yang baru lepas dibom...

Sedih..

Namun..

Inilah tempat dia membesar...

=========================

"SABBB!!! MANA KAU!!! SABBB!!! KALAU KAU DENGAR JAWABLAH PANGGILAN AKU... SAAAABBBBBBB!!!" Suara kanak-kanak yang memanggil jelas kedengaran melebihi tiga orang yang sedang memanggil diri Sabrina.

Sabrina yang berada diatas pokok yang terdapat daun yang sedikit lebat dari pokok yang lain namun tetap kering seperti tidak mencukupi air.

Semua ni akibat "mereka"! Mereka adalah "syaitan"!

"SSSAAAABBBBBBB!!"

"Hoi.. Bisinglah." Sabria terpaksa bangun dari baringannya.

Budak-budak yang berpakaian carik itu mencari kelibat Sabrina sehingga salah seorang menjerit perkataan "Ah" dan menunjuk kearahnya yang mengoyang kaki.

"Sab!!! Oulu kena tangkap!!" Jawab salah seorang dari mereka dalam keadaan cemas.

Sabrina yang mendengarnya sebagai berita buruk!

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt