Episode 42

3.7K 239 27
                                    

Di Taman bunga,
Sabrina yang leka termenung tanpa penghujung diperhatikan oleh pasukan Kapten Soa.

"Hmmm~~ Hmmm~" Mulut Sabrina menghasilkan lagu sambil memerhati bunga kekwa musim panas.

"Cik Sabrina. Cik Sabrina. Cik Sabrina." Suara yang cukup dikenalinya.

Pantas Sabrina mengangkat kepala alangkah terkejut apabila dia melihat 4 orang lelaki segak berseragam mengelilinginya. Sudahlah segak berpakaian, wajah mereka juga segak. Alahai.

Pelancong disekeliling memandang mereka berbisik satu sama lain. Ada yang tertanya, ada yang menjerit kegilaan, ada pula hanya sekadar memandang.

"Arshh...Lassss kau pun ada.. Eh? Err... Senior??? Selamat petang..."

Cashen hanya mengangguk kepala tanda menghormati sapaan Sabrina.

"Dan... ni siapa?" Tanya Sabrina.

"Aku Kapten Soa.. Aku adalah ketua kumpulan ini. Aku datang untuk menjemput kau untuk menjalankan misi di negara Yuis yang terletak di Planet Erwy. Adakah engkau menerimanya?"

"?!" Sabrina terkejut mendengar nama planet tu.

Wajahnya berpeluh dan matanya terbeliak manakala badannya sedikit menggigil.

"..."

"..."

"..."

"..."

"..."

Mereka dari pasukan Kapten Soa memandang Sabrina yang bagaikan terkena sampukkan.

Mereka tertanya sesama sendiri kenapa Sabrina sebegitu reaksinya.

"Apa yang berlaku?" Las, Arsh dan Cashen tertanya.

"Sabrina...?" ujarnya perlahan. Kapten Bess juga tertanya apa yang sedang berlaku.

"...."

"...."

"...."

"Adakah anda menerima misi ini, Sabrina?" Suara Kapten Soa mula kedengaran sekali lagi.

Mengejutkan Sabrina dari lamunan. Sabrina menelan air liur sebelum mengangguk perlahan.

"Kau ok ke, Sabrina?" Tanya Las risau.

"Aah. Kenapa reaksi kau sebegitu?" Arsh menepuk bahu Sabrina lembut.

"Ta...Tak ada pape..." Sabrina enggan untuk menjawab soalan mereka.

"Baiklah. Engkau telah menerima misi ini. Maka ini pakaian seragam kamu. Sila sarung segera." Ujar Kapten Soa.

Cashen menghulur baju seragam itu kepada Sabrina. Sabrina masih menggigil perlahan semasa menyambut baju tersebut. Segera dia berlari anak meninggal mereka disitu.

"Dia nak ke mana tu?" Tanya Cashen pelik.

"Hoi. Dia perempuan. Agak ler nak tukar baju dekat depan kita." Tegur Las tenang.

"Ah! Betuk juga."

"Ke mengharapkan benda lain?" Las mengusik Cashen. Keningnya sengaja diangkat.

"Hoi. Memandai! Jangan kotorkan suasana."

"Hahahaha.." Las seronok mengusik Cashen yang masih berlagak kool walaupun telinga lelaki itu sudah kemerahan.

Arsh tidak mendengar perbualan mereka berdua. Dia memandang laluan Sabrina guna sepi.

"Kenapa reaksi dia macam tu? Apa yang dia sembunyikan? Benda dia sembunyikan macam trauma untuk dia. Apa yang dah berlaku?" Arsh mula risau.

Kapten Soa hanya menjeling reaksi Arsh yang memandang dengan penuh kerisauan.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now