Episode 22

4.2K 296 28
                                    

Di Pasaraya Mega Pavi,
Arsh dan Zulian.

Selepas kemalangan berlaku di demensi B, bantuan tiba selepas 40 minit terperangkap. Sekarang mereka berdua berada didalam Pasaraya Mega Pavi untuk membeli barang dalam rumah, dibahagian dewan barangan basah.

"Ikan, sosej, iton, sos cili, sos tomato, garam, gula, sayur.... Apa lagi?" Kata Zulian sambil menekan-nekan komputer gravitinya.

Arsh setia berdiri disebelah Zulian yang sedang periksa senarai barang yang ingin dia beli.

"Kau dah dapat semua sekali ke Arsh??" Tanya Zulian apabila dia perasan Arsh hanya menyepi.

"Saya rasa..." Perbualan Arsh terhenti sebaik sahaja terdengar perbualan antara seorang ayah sedang memimpin seorang gadis kecil yang memakai baju kuning bergaun paras kaki.

"Ayah! Tak lama lagi nak ada Perayaan manisan!" Suara riang gadis tersebut kedengaran.

Ayahnya mengangguk dan tersenyum.

"Melni nak apa untuk manisan kali ni??" Ayahnya bertanya pula.

"Melni nak Julzi! Julzi yang ayah buat dua tahun lepas."

"Julzi? Hmmm.." Ayahnya menepuk-nepuk jari telunjuk ke dahinya.

Julzi adalah sejenis kek beroti berinti kacang merah serta ada waffer keju ditengah. Julzi dibuat dari tepung jagung serta minyak jagung. Walaupun Julzi kebiasaannya berinti kacang merah tetapi mereka boleh ubah perisa mengikut kehendak masing-masing.

Cara memasaknya adalah secara wap, kepanasan api perlu dijaga menyebabkan Julzi termasuk dalam kategori makanan berkhasiat dan baik untuk pesakit hati.

"Bolehlah." Ayahnya bersetuju.

"Kita nak makan dekat mana?"

"Dekat tamanlah. Atau Melni nak makan dekat rumah?"

"Dekat tamanlah! Sebab bila makan dekat taman Melni ada ramai kawan. Seronok."

Mereka anak beranak terus berbual dengan riang. Arsh dan Zulian memerhati dari jauh.

"Nampaknya Perayaan Manisan akan datang tak lama lagi." Kata Zulian memecah kesunyian antara mereka.

"Nampaknya begitulah. Awak nak apa untuk perayaan ni?" Tanya Arsh.

"Nak apa? Urmmm.. Nak kek marin, Julzin, roti skon epal dan..."

"Suka eh benda manis?"

"Agaklah." Mereka berjalan keluar dari dewan bahan basah dan bergerak ke dewan bahan kering melalui pintu perentas.

"Kau pulak Arsh? Nak apa?"

Arsh mempelawa Zulian memasuki ke dalam kenderaan sebelum menjawab soalan Zulian.

"Saya tak makan manis. Tak kisah apa-apa pun." Terang Arsh.

"Tapi..." Ayat Arsh tergantung.

"Tapi?" Zulian menjeling.

"Tak ada apa-apalah." Jawab Arsh sambil turun dari kenderaan kapsul buih.

Arsh berkata begitu kerana tiba-tiba terasa nak makan koncer anggur.

"Sabrina nak manisan apa ya? Dia nak ke ikut serta kalau dia perlawa untuk makan sekali masa perayaan tu?" Hati Arsh tertanya.

Arsh termenung seketika.

"Arsh?"

Arsh tersedar dari lamunan dan segera memandang Zulian.

"Kenapa?"

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now