Episode 98

2.7K 189 49
                                    

Perasaan mereka mula melayang apabila hanya ketenangan mendodoi jiwa mereka berdua yang sepi.

===========================
Imbas kembali, situasi Las.

Dirinya sedang berbaring diatas batu sambil menutup matanya.

Kawasan yang didambakan sesiapa sahaja yang mencari ketenangan.

"Tenangnya~." Ungkapnya sambil membuka matanya.

Beribu bintang yang bercahaya seperti kelip-kelip pelbagai warna dikaki langit.

"Hurmm.. misi kali ni.. Cari anak Lutfiya.. Mah! Bagi aku misi kelas B kali ni bukanlah susah sangat tapi... Susah bagi mereka.." monolognya dalam hati.

Lutfiya?

Lutfiya adalah makhluk duyung yang disumpah menjadi ular berbisa.

Kenapa mereka disumpah?

Kalau diingat semula masa aku tahun 2. Cikgu pernah menceritakan makhluk disumpah itu.

Disumpah kerana mereka memakan buah dikawasan larangan yang dijaga rapi oleh raksasa yang lebih tinggi darjat mereka dan buah itu adalah hanya untuk "Pemerintah" yang mereka sanjungi.

Bodoh ke apa? Disebabkan buah sahaja main sumpah-menyumpah. Apa kedekut sangat? Berkongsi sahajalah... Itupun payah! Aku debik gak kang mamat tu!

"Cakap macam aku pernah jumpa je si "pemerintah". Silap-silap aku yang didebik oleh dia." Las mengetawakan dirinya kerana bercakap besar.

Ketenangannya terganggu apabila dia merasakan sesuatu yang kuat tenaganya.

BUKAN!

BUKAN!

Bukan datang dari sekelilingnya tapi datang dari jantungnya! Degupan yang kuat seoleh-oleh memanggil dia.

Dia bangkit dari baringannya dan merasakan jantungnya dipanggil sesuatu. Dia bergerak mengikut kata hatinya.

Dia merentasi beberapa denai didalam hutan sehingga dia menjumpai gua.

"Eh? Ada gua ke? Aku tak tahu pun.. Tak pernah pulak aku jumpa gua ni.." Ucap Las sedikit terperanjat kerana ketika dia menghadapi misi yang sama masa ketika dahulu tidak pernah menjumpainya.

Heh! Macam alam raksasa kelas B ni kecil sangat sehingga dia berjaya menjelajahnya sehingga habis.  Ingat apa? Dewa?

Las bergerak memasuki gua tersebut.

Pintu gua tidaklah luas kerana hanya seorang sahaja yang dapat melaluinya dalam satu masa.

Sebaik sahaja dia melangkah setapak memasuki gua, dia merasai tubuhnya berdegup kencang.

Perasaan apa ni?

Selalunya apabila jantung berdegup kencang, dada akan sakit menyucuk sehingga sesak untuk bernafas namun...

Perasaan ni berbeza.

Perasaan yang nyaman dan menenangkan.

Las menyukai perasaan ini. Dia membuka langkah sehingga memasuki lebih dalam.

Kegelapan dihadapannya kadang kala menganggu pandangnya.

Dia tidak memakai sebarang cahaya ketika dia bergerak ke arah gua tersebut kerana dia mahu mencabar kebolehan mata dengan hanya menggunakan kuasa mata untuk mengfokuskan objek waktu malam.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now