Episode 41

3.9K 252 21
                                    

Di pejabat sekolah,
Cikgu Bess yang sedang leka menaip dipapan kekunci 3D gravitinya.

Terdapat secawan air kopi Moka yang masih hangat dan beberapa keping roti yang sudah dibakar. Itu sebenarnya sarapannya yang tidak diusik dari tadi.

Dia menaip dan terus menaip denngan pantas. Matanya leka memandang Komputer gravitinya.

"Hurmm..." Ujar Cikgu Bess mula menyandar ke kerusi sambil mengapai sekeping roti bakar lalu disua ke dalam mulut.

"Ermmm.. Sedap..." Puji Cikgu Bess perlahan sebelum menyambung semula kerjanya.

"Nampaknya... Ada negara minta bantuan... Negara Yuis dari Planet Erwy..."

"Planet ni... Tak silap aku.. ada berlaku rekahan seketika masa tempoh hari. "

"Mari kita tengok apa permintaan mereka.."

Cikgu Bess menghirup sedikit kopi mokanya.

Bantuan keselamatan.

Kami memerlukan 5 orang sukarelawan untuk menjalankan misi membantu mendirikan perumahan dan keselamatan penduduk semasa perpindahan penduduk disini dari makhluk bernama Uiff.

"Uiff? Dah lama aku tak dengar nama tu. Aku ingat mereka terkurung dengan sihir kuno yang diaktifkan oleh Maharaja Pemerintah. Nampaknya sihir tu longgar selepas kehilangan Maharaja Pemerintah..." Kata Cikgu Bess sambil mengosok lehernya yang sudah berasa sengal.

Cikgu Bess bangun dari tempat duduk lalu bergerak ke tingkap sambil menghirup kopi dari cawan.

Cikgu Bess hanya bersandar pada dinding berhampiran dengan tingkapnya. Pokok sakura yang sudah botak itu langsung tidak menjejaskan pandangan indah yang dapat dilihat.

Sekolah yang jauh dari sebarang perumah atau perkilangan malah dikelilingi bukit bakau serta burung-burung pelbagai jenis benar-benar mengindahkan pandangan dari tingkap pejabat Cikgu Bess.

"5...Orang?? Hurmm.." Cikgu Bess tersenyum sendiri.

"Aku tau siapa yang bakal jadi mangsa.. Sekali sekala kena hirup udara segar." Kata Cikgu Bess menyambung menghirup sisa kopi Moka pada cawannya.

Segara muncul pentagram disisinya sebaik sahaja dia menjatuhkan cawan ke lantai. Cawan itu tidak berderai sebaliknya memasuki pentagram dan muncul pakaian seragam sekali dengan topi kapten navi.

Cikgu Bess membuka kot jubah seperti doktor lalu meletaknya ke kerusi dan menyarung kot hijau lumut yang sungguh elegen dan membutang baju kot tersebut secara bersilang ke kiri.

"Mari...Kita bermain.." Cikgu tersenyum kecil sebelum membuka cermin mata dan membetulkan rambut serabainya.

Wajahnya cikgu Bess serta-merta berubah menjadi wajah penuh keyakinan.

"Mereka belum tentu kenal aku." Ujar Cikgu Bess.

"Eh! Sekarang aku bukan 'cikgu' tetapi 'kapten'." Ujar Bess bagaikan ingin membetulkan kesilapan penulis.

"Baiklah. Mari kita cari anak kapal untuk berlayar." Kata kapten Bess sambil menyarung topi navi miliknya.

Segera muncul pentagram dan menghasilkan tenaga. Muncul pintu bercorak dihadapannya.

Alam raksasa Rakke,

Mereka sedang menjalani latihan ketahanan tubuh dengan bertapa dibawah air terjun yang deras.

"Korang perlu tenangkan diri dan fokus sehingga terasa air meresap ke dalam tubuh dan bergabungan dengan kehangatan elemen korang." Ujar Cashen yang sedang memancing tidak jauh dari situ.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now