Episode 74

3K 206 50
                                    

Disituasi Arsh,

"Kau dah penat ke?" Suara seseorang menyapa.

"Boleh tahan." Jawabnya tenang.

Arsh tahu kini dia berada didalam landasan memorinya apabila dia berdiri dihadapan pohon yang besar. Sebuah pokok yang besar dan dipenuhi daun-daun berwarna hijau. Pohon itu mengeluarkan cahaya yang lembut dan tidak meluas kerana hanya kawasan itu sahaja bercahaya manakala kawasan lain kelam.

Arsh memakai baju seragam sekolahnya. Jelas menunjukkan jasadnya berada diatas bumbung sekolah bersama "sahabatnya" menikmati pemandangan.

"Nampaknya kau semakin terjaga." Ujar suara itu lagi. Empunya suara jelas tidak kelihatan disekeliling.

Arsh tidak perlu melihat untuk mencari empunya suara kerana dia mengenali suara itu.

Sesuatu yang menghuni tubuhnya.

Sesuatu yang menjaga dirinya saat dia masih lagi terlena.

Sesuatu yang sentiasa berada disini.

Sesuatu yang sentiasa berada didalam tubuhnya.

Sesuatu yang tahu siapa dirinya yang sebenar.

Sesuatu yang cukup tahu tentang memorinya yang hilang.

"Ya.. Kuasa aku mula terjaga.." Kata Arsh sambil memegang pohon tersebut.

Dia memandang pohon yang dipegang mengeluarkan cahaya sedikit terang pada kawasan yang disentuhnya sahaja.

"Hurmmm.. Jadi? Sampai bila kau nak tidur?" Kata-kata suara itu mula kedengaran sinis.

"Sampai bila kau kata?"

Suara itu tidak menjawab. Suara itu bagaikan menunggu jawapan dari Arsh.

"Siapa tahu." Arsh tersenyum kecil.

"Apa yang kau dah ingat tentang diri kau?"

"Aku seorang lelaki."

"Jangan main-mainlah, gila!" Suara itu mula kedengaran sedikit marah dengan jawapan Arsh.

"Pfft." Arsh sengaja mengusik.

"Aku tak tahu.." Jawab Arsh sambil menyandarkan tubuhnya pada batang pokok.

"Kau..."

Kata-kata dari suara itu dipintas oleh Arsh.

"Selama aku berada di Aqua.."

Dihadapannya muncul selebar layar yang luas dan mengeliling pokok tersebut. Layar itu mengeluarkan cahaya lembut sehingga terbentuk bentuk bintang Aqua Kristal. Bintang atau planet yang cantik dan berkilau umpama sebuah belian yang digilap setiap masa. Berkilat namun tidak menyakitkan mata.

Kemudian, layar itu mengeluarkan tayangan penduduk Aqua setiap pelusuk dunia. Pelbagai ragam, usia, susuk tubuh, warna rambut dan kekuatan mereka.

Arsh memandang layar dihadapannya sambil menyilang kaki dan tangannya.

"Benda pertama aku dengar... Adalah bunyi loceng.." Bunyi loceng mula kedengaran disekeliling mereka.

"Saat aku bangun.." Sambung Arsh.

Dilayar mula melayarkan saat pertama dia bangun.

Arsh masih ingat ayat pertama dia laungkan selepas bangun dari tidur adalah...

Ini harinya! Permulaan kini bermula untuk aku menjadi pahlawan lagenda yang terulung!

"Lurus bendul gila kau! Hahahaha." Suara itu mula bersuara sambil ketawa melihat tayangan layar tersebut.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now