Episode 94

3.5K 201 76
                                    

#########################
Perhatian!

Episod kali ini akan dipaparkan gambaran bagi memudahkan pembaca menghayatinya.

Selamat membaca!
#########################

Sambungan babak episod 93.

Api yang dari bintang berapi membakarkan hampir seluruh kawasan itu. Tenaga itu bergerak laju kearah Arsh yang badannya yang dipenuhi elektrik bagaikan elektrik itu memanggil api itu.

=====================

Arsh tidak merasai kesakitan tetapi dia merasai arus elektrik yang mengalir pada tubuhnya. Elektrik yang tinggi voltan mengalir disetiap pembuluh darahnya. Arsh menutup matanya bagaikan menghayati arus elektrik yang deras namun menenangkan.

Elektrik yang kuat itu menyebabkan sesuatu keluar dari belakangnya. Sesuatu yang besar namun ringan.

Ya, itulah sayap. Sayap yang berwarna hitam berkilat walaupun berwarna hitam namun tetap kelihatan bagaikan bukan warna hitam. Hitam yang lebih terang berbanding warna hitam dan kegelapan angkasa.

Sayap itu berkembang keatas seperti burung yang mengangkap sayapnya sebelum melonjak naik udara.

Ketika sayapnya itu diangkat keatas beberapa bulu pelepah yang terjatuh jelas kelihatan bergemelapan yang cantik.

Api semakin menghampiri kerana bahang jelas terasa.

Arsh membuka matanya. Matanya ketika itu muncul warna merah.

Seperti..

Warna yang gerun seperti api,

Indah seperti delima,

Menggoda seperti Rosa gigantea,

Lembut seperti Aesculus Pavia,

Kali ini warna gerun seperti api jelas kelihatan dianak matanya. Muka Arsh sudah timbul corak. Corak yang sama ketika dia dimasukkan ke dalam hospital. Corak itu menghasilkan api berwarna merah pekat.

=======================

Api dari bintang berapi sudah sampai dan menyerang Arsh dari arah belakang namun api itu pecah bagaikan terdapat perisai dibelakang Arsh.

Api itu berhenti bergerak apabila "menyentuh" belakang Arsh ketika itu. Jarak antara Arsh dengan api itu kira-kira 9879 Kilometer.

Kapal perang angakasa menghampiri Arsh yang langsung tidak menyerang mereka.

Kapal perang angkasa itu berhenti kira-kira 10 489 Kilometer dari kedudukan Arsh.

Gila ke apa nak dekat! Mati direntung nanti.

Satu kapal angkasa bergerak depan sedikit barangkali ketua bagi angkatan perang yang menyerang Arsh.

Mereka menggunakan pembesar suara untuk bercakap dengan Arsh. Pembesar suara itu bukanlah biasa-biasa, benda itu adalah pembesar suara gelombang dimana gelombag itu akan dihala melalui gas helium diangkasa dan menyebabkan suars boleh terhasil dan didengari oleh mereka yang duduk diluar kapal angkasa.

"Kau berambus sekarang! Kami tak perlu kau untuk membuat tinjauan keatas planet kami!!" Bunyi suara itu angkuh sahaja kedengaran.

Arsh hanya memandang mereka tajam tanpa membalas kata-kata mereka.

Wajah Arsh tengelam dalam kegelapan namun mata merahnya jelas kelihatan . Cahaya dari api yang datang dari bintang berapi ditidak berjaya mencerahkan kawasan sekelilingnya sepenuhnya namun tetap kelihatan bentuk tubuh Arsh.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now