Episode 56

3.4K 225 17
                                    

Sambungan episode lepas,

"Api. Tanah. Air. Udara. Empat elemen asas. Aku berlindung dan melindungi dari bahaya dan kecelakaan. Lindungilah kawasan ini dari bencana yang tidak terperi." Sebaik sahaja ucapan Oti selesai.

Oti berdiri ditengah-tengah padang dan mereka pula berdiri tidak jauh dari situ.

Tiada apa-apa yang berlaku. Mereka tidak merasai apa-apa. Tidak, lebih tepat lagi hanya Arsh merasa sesuatu. Ya, sesuatu yang sedang bangkit.

Perasaan ini sama seperti dulu, dimana dia terasa panas dan sejuk berselang seli.

"Api. Tanah. Air. Udara. Empat elemen asas. Aku berlindung dan melindungi dari bahaya dan kecelakaan. Lindungilah kawasan ini dari bencana yang tidak terperi." Oti mengulang semula ayatnya tadi.

Di dalam pandangan Arsh,

Ketika itu, apa yang dilihatnya adalah Oti dan dia sahaja manakala rakan seperjuangannya yang lain tiada.

Diri Oti dikelilingi dengan sihir pentagram disetiap penjuru tubuhnya. Badan Oti bercahaya tidak sama seperti tadi, kosong bagaikan hanya mengomong kosong ditengah padang.

"Api. Tanah. Air. Udara. Empat elemen asas. Aku berlindung dan melindungi dari bahaya dan kecelakaan. Lindungilah kawasan ini dari bencana yang tidak terperi." Ayat sama diulangi oleh Oti.

Dihadapan Oti ketika itu muncul empat cahaya yang menunjukkan unsur. Api berwarna merah, air berwarna biru, angin berwarna kelabu dan tanah berwarna coklat. henti

Cahaya itu berada diatas kepala Oti akan tetapi Oti bagaikan tidak menyedari kehadiran cahaya tersebut. Keadaan sekeliling bagaikan masa telah terhenti.

"Dia seru kita kan?" Cahaya dari unsur angin bersuara.

"Huh?" Arsh sedikit terperanjat dengan apa yang didengarinya.

"Ye ler... Kalau tak buat apa kita dekat sini." Bidas unsur air.

"Aku rasa ni kali kedua kita diserukan?" Unsur tanah pula berkata.

"Kali ketiga." Ujar unsur api.

"Dia nak kita lindungi kawasan ni ke?" Soal unsur tanah.

"Malasnyaaa~" Ujar unsur air.

"Manusia menang lembik dan menyusahkan." Tambah unsur api.

Ketika itu, ditubuh Arsh terasa elemen ais mahu keluar, Arsh menahan sakit dijantungnya. Tubuh Arsh bercahaya seketika dan malap seketika. Bercurahan peluh ditubuhnya walaupun suhu dirasainya adalah sejuk.

Hujung rambut hitam Arsh mula bertukar putih seputih salju. Matanya masih hitam tetapi ada lingkaran putih pada anak matanya.

Sesuatu memori melepasi dimindanya... Beberapa memori melepasinya... Ini bukan memori penuh tetapi.. Cebisan memori yang berselerak..

Kini kepala Arsh pula sakit, sakit berdenyut-denyut di belakang kepalanya.

Suatu memori yang melepasi dirinya dan ketika itu Arsh berubah riak wajah. Mata yang tegas mula terpancar. Arsh memandang unsur-unsur dihadapan Oti.

"..." Arsh bergerak perlahan-lahan ke unsur itu sehingga unsur tersebut menyedari mereka.

"?!" Unsur tersebut terdiam satu sama lain.

Suasana sepi diantara mereka dan bagaikan masa juga terhenti.

"Salji?!" Serentak unsur tersebut berkata.

Arsh tidak membalas tetapi hanya memerhati benda tersebut yang mengelilingi dirinya seperti jakun.

"Kau saljikan?!" Unsur tanah bertanya.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now