Episode 90

2.7K 195 14
                                    

#######################
PERHATIAN!

ADA BABAK YANG TIDAK SESUAI UNTUK MEREKA DIBAWAH UMUR UNTUK MEMBACA SERTA MEMBAYANGKANNYA.

MEREKA YANG BAWAH UMUR MENGAMBIL KEPUTUSAN MEMBACANYA BUKANLAH TANGGUNGJAWAB PENULIS.

Selamat membaca.

#######################

Sambungan episod 89...

Entah mengapa hati Feretlo ketika itu bagaikan tidak sedap hati ketika memegang pemegang pintu.

Air peluh mula terbit di dahinya dan perlahan-lahan turun ke dagunya.

Perasaan apa ni? Kenapa seram sahaja?

Feretlo cuba menguatkan hati sebelum cuba menolak pintu itu.

Apa yang dilihatnya membuat diri mereka yang melihat tergamam.

Cashen....

========================

Disuatu tempat yang lain,

Seseorang berpakaian serba gelap namun bukanlah hitam barangkali biru gelap atau hijau biru dan berkerudung dikepalanya. Baju kerudungnya tidaklah labuh hanya paras dada bidangnya sahaja.

Rambutnya yang berwarna kelabu menutup mata kirinya menyebabkan seoleh-oleh terdapat bayang yang menutup bahagian matanya.

Belakangnya menjinjing beg sandang bertali satu.

Dia berjalan tanpa mempedulikan sesiapa disekeliling. Mukanya terus memandang depan tanpa bicara.

======================

Lampu isyarat sudah menunjukkan warna hijau menandakan perjalanan kaki boleh melintasinya.

Berpusu-pusu manusia melepasinya seperti kambing yang dilepas dari kandang.

Manusia berkerudung itu salah seorang dari mereka yang berjalan kaki disitu. Dia berjalan kaki dengan penuh ketenangan sambil menghayati angin sempoi yang membawa bayu angin hujan yang menandakan hari akan hujan.

Selepas sahaja kakinya melepasi garis batas laluan perjalanan kaki telinga mendengar sesuatu.

PPPPPPPOOOOOOOOONNNNNN!!!!!!

Bunyi hon dari sebuah traler gas Jiklodia nyaring ditelinganya.

Gas Jiklodia adalah gas galian utama yang digunakan untuk mengerakkan kapal angkasa.

Bunyi hon yang kuat itu menyebabkan perjalan kaki ketika itu segera beralih muka.

Seorang budak kecil yang lingkungan 5 tahun berdiri kaku dan matanya terbeliak apabila melihat traler gas Jiklodia menghampirinya dan disampingnya ketika itu terdapat nenek bongkok bertongkat yang sudah terduduk dan cuba untuk berdiri namun tidak berhasil kerana perasaan yang menakutkan dan mencemaskan diri si tua itu.

Pekikan dari perjalanan kaki yang kaku melihat situasi itu mula kedengaran dibanyak bahagian malah ada yang sudah berpelukkan kerana tidak mampu melihat apa yang akan berlaku seterusnya.

Lelaki berkerudung segera melonjak badannya melepasi beberapa orang yang menghalang jalannya dan berlari pantas lalu merangkul namun dia hanya sempat merangkul nenek yang jatuh terduduk tadi sahaja dengan kedua belah tangannya manakala budak kecil itu lagi tidak sempat merangkul sekali.

Bunyi brek kecemasan mula kedengaran bergema dan diikuti dengan jeritan orang ramai yang menyaksi hal itu.

Pergerakkan lelaki itu sangat pantas sehingga tiada siapa menyedari dia berjaya menyelamatkan salah seorang dari mereka.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now