Episode 95

2.9K 191 19
                                    

Di platform memori,

Seseorang sedang duduk sambil memeluk lututnya rapat. Wajahnya dilindungi oleh lengannya. Dia memakai baju berwarna putih namun badannya mengeluarkan cahaya menyerupai cahaya dari pokok dibelakang itu, warna hijau pokok pisang.

Setiap helaian daun jatuh ke tanah dengan lemah gemalai. Geseran antara daun-daun dipokok indah kedengaran.

Pelik.

Ya, memang pelik.

Kenapa pelik?

Kerana tiada tiupan angin pun disitu yang membolehkan daun-daun itu bergeser satu sama lain.

Pokok itu bagaikan sedang bercakap atau lebih tepat sedang bernyanyi apabila jelas kedengaran melodi lembut yang terhasil hasil geseran daun-daun seperti sedang bersenandung.

Lelaki yang masih memeluk tubuhnya itu tidak bergerak langsung bagaikan tidak terkutik dengan melodi tersebut.

Apa agaknya dia sedang fikirkan?

Sedang menderitakah?

Atau sedang bersedih?

Mahupun sedang memarahi seseorang?

Tidak. Semua itu tidak. Lelaki berambut kuning lembut itu tidak lain tidak bukan sudah pasti sedang diulit mimpi.

Hari yang menenangkan ini disamping dirinya didodoikan sudah pasti dirinya diulit mimpi.

========================
Disituasi Arsh,

Roh Arsh sedang menutup mata akibat sedutan jasadnya ketika 'peperangan' antara dirinya dengan 'manusia' yang dia sendiri tidak ketahui siapa mereka. Dia bagaikan tidak memahami.

Bukan! Bukan dirinya tidak memahami tetapi apa yang berlaku tadi terasa masih samar-samar dengan apa yang dirinya fikirkan.

Arsh masih menutup mata dan terasa kegelapan. Tatkala dia sedang menutup mata, fikirannya ligat berfungsi.

Apa yang berlaku tadi? Aku ke tadi? Sihir elektrik? Sihir mengawal unsur? Sihir mengawal api?

Kejap... Masakkan aku? Sedangkan aku hanya pengguna elemen ais seperti diperkatakan oleh cikgu Bess?

Betul ke tu aku? Siapa aku sebenarnya... Tak akanlah aku ni....

Mustahil! Jika aku "dia" siapa pula Kursh?

Adakah ini memori aku? Atau memori seseorang yang secara tak sengaja aku dapat?

Sekejap.....! Tak akanlah dia! Aku ingat lagi yang aku pernah bermimpikan seorang lelaki yang bersayap hitam.. Tubuhnya bergari dengan duri bunga mawar.. Tapi tatu hitam tu? Lelaki tu ada ke?

Kejap! Dia ada ke tatu tu? Tatu yang serupa dengan dekat wajah aku tadi.

Kejap... Sebelum tu... Lelaki yang menyerupai diri aku.. Betul ke dia aku? Muka dia betul-betul mirip dengan aku... Kenapa perbualan aku dengan dia seoleh-oleh seperti bercakap dengan diri sendiri? Aku dari masa hadapan ke?

======================

Fikiran Arsh mula melayarkan semula mimpi ketika itu. Ya, lelaki tersebut. Lelaki bersayap itu.

Dia cuba mengingati semula adakah lelaki itu mempunyai lingkaran seperti tatu namun suasana itu menjadi samar-samar.

Fikiran Arsh terganggu apabila telinganya dapat menangkap sesuatu sedang bersenandung.

Merdunya...

Suara siapakah?

Dirinya mengenali suara itu lantas dia membuka mata. Sekelip mata kawasan itu pecah seperti retakkan kaca.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now