Episode 70

3.2K 198 20
                                    

Sambungan episode 69.

Naga gangsa berwajah tirus itu berlari ke arah Sabrina lalu melayangkan cakaran melalui tangan kanannya.

Sabrina membiarkan sahaja cakaran itu melayang dan menghinggap ke wajahnya.

Biar cakaran itu menebus isi kulitnya.

Biar wajahnya cacat cela.

Biar wajahnya berparut dalam dan hodoh.

Dia rela asalkan naga dihadapannya tenang. Tenang dari kemarahannya.

Benarkah?

Sabrina tersenyum sinis disaat matanya dihalang dengan rambut depan dan serabainya.

Cakaran naga yang mampu memutuskan kepala itu berjaya dihalang dengan perisai dari pentagram ditangannya. Berlaku chas elektrik diantara perselisihan antara kuku dan perisainya. Chas elektrik itu berjaya menguris badan gangsa milik naga gangsa itu.

Jeritan yang nyaring daripada naga gangsa berwajah tirus itu langsung tidak diendah oleh Sabrina.

Tidak endah?

Bukan. Bukan dia tidak endah tetapi itu satu kebanggaan buat diri Sabrina.

Jiwa Sabrina semakin dikuasai dengan jiwa pembunuh.

Tangan perisainya sudah muncul senjatanya. Kemunculan tekpinya disaat cakaran naga itu hinggap diperisai.

Wajah Sabrina dingin. Bertambah dingin apabila matanya tidak kelihatan.

Dia melibas tekpinya lalu mengena tepat pada tapak tangannya yang kecil itu tetapi cukup besar untuk menampak tubuh Sabrina.

Naga itu berundur ke belakang setapak. Saat terundurnya naga itu, Sabrina mengambil kesempatan menendang tubuh naga itu.

Disebabkan naga itu jauh lebih besar dari Sabrina. Tendangan itu bagaikan menendang besi. Tambahan pula, badan naga itu diselaputi dari gangsa.

Memeritkan kaki sahaja. Sabrina berdecit kerana kakinya terasa berdenyut.

Naga itu memberi serangan balas dengan mencakar.

Cakaran itu berjaya dihalang oleh Sabrina menggunakan pentagram perisai.

Tubuh Sabrina terdorong kebelakang secara paksa akibat menghalang diri dari menerima cakaran dari naga.

Sabrina kekal di posisi berlindung langsung tidak berkesempatan untuk mengubah posisi menyerang.

Hati Sabrina semakin bengkek. Sekurangnya-kurangnya dia perlu mencederakan diri si maga itu seperti mana dia menikam ekor naga menggunakan tekpinya.

Ekor naga?! Sabrina menyedari sesuatu. Pantas dia mengalih pandangan ke arah ekor naga itu yang mengurai seperti ekor kuda yang sedang berlari.

Tindakkan Sabrina itu diguna pakai oleh naga itu untuk menambahkan serangan balas.

Naga itu bertindak melibas mengguna salah satu ekor lembutnya ke arah Sabrina.

Sabrina tidak menjangkakan tindakkan naga itu berjaya menerbangkan Sabrina ke kanan. Kakinya tidak menjejak ke tanah.

Naga itu mengepakkan sayapnya lalu terbang kearah Sabrina.

Sabrina memutarkan badannya sehingga terasa daya graviti menarik tubuhnya ke bawah. Sabrina menggelamkan tekpinya ke dalam pasir bagi menghalang tubuhnya terus terbang dan membantu dalam pendaratan.

Tubuh tercedera akibat libasan ekor tadi. Bajunya ada bahagian tercarik dan terkeluar benang.

Naga itu bergerak pantas ke arah Sabrina di udara. Kelajuan naga itu sangat pantas, Sabrina tidak sempat untuk untuk menstabilkan dirinya sekali lagi diserang secara terus ke tubuh Sabrina seperti keretapi yang bergerak terus dilandasan.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now