Episode 77

3.1K 204 23
                                    

Kembali lima hari yang lepas,

Disebuah lokasi yang dirahsiakan terdapat beberapa lorong-lorong di kawasan terbiar itu.

Kawasan terbiar itu jelas menunjukkan kawasan itu adalah sebuah bandar dimana terdapat rumah kedai, meja dab kerusi yang rosak, banner tergantung, lampu jalan yang tidak boleh dipakai lagi dan hanya ada beberapa yang berfungsi, jabatan sungai yang terdapat ditengah-tengah bandar, kolam air pancut, pintu yang rosak dan beberapa benda lagi yang jelas menunjukkan bahawa kawasan itu adalah sebuah bandar.

Bandar lama yang sudah tiada penduduk. Bandar yang hanya tunggu masa untuk dirobohkan diganti dengan bandar yang baru.

Kawasan bandar itu tidaklah besar dan luas jika digandingkan kota bandaraya yang gah gemilang disetiap kawasan tertentu.

===============

Seseorang berpakaian berkerudung sedang berjalan melentasi lorong yang sepi bersendirian.

Dia berjalan merentasi setiap lorong seperti seorang pengawal yang sedang menjalankan aktiviti mengawal.

Dia terus berjalan sehingga berhenti secara tiba-tiba di sebuah lorong mati dimana dihadapannya di tutupi dengan tembok yang tinggi dan terdapat jejari besi yang tajam.

Disebalik tembok itu adalah sungai yang luas dan cantik.

"Tak perlu bersembunyi. Keluar kau dari situ." Ujar dia disebalik kerudung tanpa memandang sekeliling.

Suaranya jelas menunjukkan dia seorang wanita ditambahi dengan figura wanita walaupun tubuhnya dibaluti dengan baju berkerudung.

"Nampaknya deria kau masih tajam." Suara 'seseorang' yang mengekori gadis itu mula kedengaran.

Tiada pertanda suara itu akan keluar dari bayangan gelap di lorong itu.

"Oh.. Kau rupanya.." Suara gadis itu mula kedengaran kendur dari suara tegangnya tadi.

Gadis itu mula duduk disalah satu kotak yang terdapat disitu. Dia menyilang kaki sehingga nampak betis kirinya disebalik baju berkerudungnya.

Wajahnya tidak kelihatan jelas kerana dilindungi bayang dan baju kerudungnya.

"Kau pahal datang sini?" Gadis yang tidak diketahui nama itu bersuara lagi apabila tiada perbualan diantara mereka.

"Ganas betul kau ni. Cuba cakap elok-elok.."

Gadis itu tersenyum mengejek.

"Kau kenal aku.. Buat apa aku hipokrit?"

Suara itu tidak membalas kata gadis itu.

"Kau masih datang ke sini.. Tempat tiada berpenghuni ni."

"Kau kisah apa?"

"Tempat yang penuh memori ni." Suara itu mengabaikan sindiran gadis itu.

Gadis itu memandang langit jelas menunjukkan bulan berwarna merah yang akan membuktikan hari semakin hampir dengan musim tengkujuh.

Kawasan itu agak sejuk kerana tiada sumber api disitu. Semua itu jelas apabila terdapat sepertu wap panas yang keluar dari bibir gadis itu.

"Misi kau dah selesai?" Suara itu pula menanya.

"Belum." Jawab gadis itu sepatah.

"...."

"...."

"...."

"Usah kisah pasal akulah.. Misi kau macam mana?"

"Belum selesai."

"Lembab!" Gadis itu menyindir.

"Heh. Cakap dengan cermin ke?" Suara itu membalas sindirian gadis itu.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now