episode 39

4K 232 48
                                    

Dalam bilik, di istana.
"Sini kamarmu."

Bilik yang ditunjukkan oleh lelaki bersayap sangguh indah dimata Pira, konsep elegen berwarna biru laut. Cadarnya berwarna biru pekat bercorak alunan ombak. Warna biru cair serta gambungan warna putih pekat benar-benar cantik. Dinding berbentuk bulat berkilau bak belian. Bilik ini bersih dan teratur. Tiada debu atau sampah didalam bilik ini.

"Woahh!!" Mata Pira terbeliak, kekaguman terserlah diwajahnya.

"Cantik!! Sangat cantik!! 1000 kali ganda lebih cantik dari rumah aku!" monolog Pira dengan teruja.

Dia memegang kain langsir yang gabungan dua warna iaitu warna biru diraja dan biru langit. Dia menyelak kain langsir.

Di sebalik kain langsir yang tebal itu terdapat jendela kecil. Pantas ia membuka tingkap dan bayu sejuk mula menyampa wajahnya. Rambutnya yang sedikit terburai mula bergerak mengikut bayu.

"?" Pira terkejut dengan apa yang dilihatnya.

Tapak laluan di taman diselaputi salju yang tebal. Tiada apa. Sepi. Hanya salju yang menemani.

"Kenapa tiada tumbuhan? Apa warna putih yang turun dari langit dan memenuhi lantai?" Tanya Pira kebingungan.

"?!" Lelaki bersayap yang sedang bermain dengan bunga sakura biru benar-benar terkejut dengan soalan Pira.

"Dia dibesarkan dari dalam perut naga ke apa?" Terdetik hati lelaki bersayap itu.

"Kamu benar-benar tidak tahu menahu apa yang sedang kamu perhatikan?"

Lelaki bersayap bergerak menghampiri gadis berkerudung hijau lumut lusuh yang sedang berdiri di jendela.

Pira mengeleng kepala sambil memerhati pergerakan lelaki bersayap itu yang menghampirinya.

Sebaik sahaja lelaki bersayap itu berdiri disebelahnya lalu lelaki itu mengangkat tangan kanannya ke luar jendela. Salji yang turun perlahan bergerak ke tangan lelaki bersayap yang sedang memakai sarung tangan.

Butir-butir salji tidak cair langsung walaupun berada dalam tapak tangan lelaki bersayap itu malah berkumpul sehingga menjadi segunung salji kecil. Sebaik sahaja salji itu berkumpul seperti gunung lalu tangan lelaki itu pergi keatas kepala gadis itu.

Maka berjatuhanlah butir-butir salji diatas kepala gadis itu secara perlahan-lahan sambil lelaki sayap itu berkata.

"Ini dinamakan 'Salji'." Ujar lelaki itu dengan suara lembut.

Jarak antara gadis itu dengan lelaki bersayap hanya 10 cm. Nasib baik Pira ketinggiannya hanya 154cm sahaja. Ketingiannya hanya paras dada lelaki bersayap itu berjaya menyembunyikan raut wajah merahnya serta debaran hati.

Hatinya berdegup lebih kencang apabila terdengar suara lembut dari lelaki itu.

"Dia ni.. Cuba goda aku ke apa? Dah lah tadi memandai dia je cium aku!" Ujar Pira di dalam hati.

"Sudah. Sampai sini sahaja masa beta bermain. Jika mahu bersantap ikut peta beta letakkan di meja itu."

"Bermain?!" Hati gadis itu bengkek.

"Jadi macam mana aku.. eh! saya nak cari tuanku?" Dia tersasur menggunakan ganti diri 'aku'.

Lelaki itu menyaluk ke dalam kemaja tuxedo-nya lalu mengeluarkan sebutir Zamrud merah lembut lalu diberi kepada Pira.

"Kucup batu itu dan seru beta serta bicarakan kenapa seru beta. Beta akan mendengar bicaramu dan akan pertimbangkan untuk bertemu mu."

"Mulai esok tugasmu adalah menjadi kuli beta."

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now