Episode 84

3.4K 214 46
                                    

Hari Pertandingan berlangsung,

"Oh!! Yeahh!! Hari yang dinantikan sudah tiba! Kini pertandingan pahlawan lagenda kali ke 50 akan berlangsung pada hari ini!!!

Siapakah yang akan menjuarai pertandingan kali ini? Adakah sekolah kesaterian atau sekolah sihir ataupun sekolah kesaterian diraja?!

Pertandingan Pahlawan Lagenda kali ke-49 dijuarai oleh sekolah sihir untuk julangkalinya. Mereka berjaya merampas tahta juara dari juara bertahan, sekolah kesaterian diraja!!

Adakah kali ini juara bertahan merampas balik tahta juara atau juara sekolah penyihir mengekalkan tahta juara mereka? Atau keajaiban sekolah kesaterian pula yang mengambil alih?!

Oh!!! Yeahhh!!! Tahun ini juga disambut dengan kemeriahan seperti tahun-tahun sebelumnya!"

Suara pengacara berceloteh diatas piring terbang menghangatkan suasana ditambahkan pula sorakkan dari penonton.

Cebisan kertas berterbangan diudara serta disambut dengan persembahan dari para penyanyi serta persembahan udara dari tentera udara dan persembahan sihir dari sekolah penyihir mengamatkan lagi suasana.

Pertandingan Pahlawan Lagenda yang diadakan di stadium yang mampu memuatkan 40 000 ribu penonton.

Penonton akan duduk diatas kerusi khas dan akan diterapungkan diudara sekiranya mencukupi 40 000 orang menonton. Penonton akan dilindungi dengan sihir pelindung serta kemajuan sains untuk membolehkan kerusi itu bergerak diudara.

Mereka akan dipecahkan kepada 4 bahagian yang membawa maksud 10 000 kerusi untuk satu bahagian.

Setiap bahagian akan bergerak mengelilingi stadium diudara secara perlahan-lahan.

Kerusi terapung diguna pakai bagi mengelakkan penonton terkena serangan sihir atau libasan senjata dari para peserta ketika aktiviti berlangsung.

==================

Para perserta akan berlawan mengikut kumpulan iaitu kumpulan A, B, C, D, E dan F.

Setiap kumpulan akan bercampur aduk dengan seluruh sekolah. Mereka perlu berlawan satu sama lain sehingga menjadi juara dan naib juara.

Para juara dan naib juara akan berlawan dengan juara dan naib juara kumpulan lain. Mereka akan berlawan sehingga tinggal dua orang sahaja.

Jika dua orang yang tinggal itu dari jenis sekolah yang sama, secara automatik, jenis sekolah itu adalah juara walaupun mereka akan bertembung satu sama lain di akhir pertandingan bagi meraih pinggat Kekuatan Terbaik.

Jika mereka dari sekolah yang sama, sekolah itu secara automatik juara tanpa bertanding, akan tetapi mereka boleh meminta dari pihak juri untuk bertembung satu sama lain bagi meraih kategori Kekuatan Terbaik.

Jika mereka dari sekolah lain jenis seperti sekolah penyihir bertembung sekolah kesaterian, mereka perlu berlawan bagi meraih tahta juara.

=============
Di belakang takbir,

Mereka perlu mencabut undi untuk memasuki kumpulan yang mana.

Kumpulan Aqua Kristal duduk bertaburan, mereka tidak duduk setempat seperti sekolah penyihir yang lebih teratur.

Sebanyak 13 sekolah penyihir, 20 sekolah kesaterian mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini.

Sekolah magis atau sekolah sihir mahupun sekolah penyihir adalah sekolah yang sama. Mereka sentiasa diberi gelaran berbeza tetapi membawa maksud yang sama.

================
Ketika itu,

Las mendapat kumpulan A manakala Cashen dan 3 orang senior mendapat kumpulan B, Sabrina mendapat kumpulan D, Manakala 2 orang pelajar Aqua Kristal mendapat kumpulan E dan Arsh mendapat kumpulan F.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now