Episode 36

4.3K 253 7
                                    

Di lorong Kuin, Kubu Giz.

Suasana sepi dan diterangi lampu LED suram. Lorong ini adalah lorong bawah tanah yang terpinggir sejak lorong bawah tanah Zuin dibina tempoh hari.

Seorang yang berjubah hijau gelap
sedang berlari tanpa sebarang bunyi, hanya kedengaran bunyi titisan air yang keluar dari celah-celah rekahan dinding. Wajahnya dilindungi oleh topeng wajah yang bercorak zamrud.

Dia berlari serdahana laju. Dia terus berlari sehingga berjumpa dengan tiga cabang lorong. Dia berhenti seketika lalu mengeluarkan rantai bersoket kayu berbentuk bulat bercorak tiga bulan diatasnya. Dia membuka soket dan keluar cahaya dari dalam.

"Wahai soket tunjukkan aku jalan keluar." Suara perempuan halus kedengaran.

Cahaya tersebut menunjukkan lorong ditengah. Dia mulakan larian semula.

Dia perlu keluar dari tempat ni. Tempat seksaan yang menyedihkan! Dia sudah tak larat untuk terus berada disini. Dia perlu mencari jalan keluar segera dan menyelamatkan kawan-kawannya yang terperangkap dikubu ini.

Dia berhenti berlari sebaik sahaja dia mendengar bunyi tapak kaki tentera.

"Tidak! Tak mungkin! Sepatutnya mereka tidak bertugas disini pada jam 11 malam." Hati gadis tersebut berdegup laju.

Wajahnya berpeluh apabila bayangan seksaan yang dia hadapi ketika dahulu bermain semula tayangan di kepalanya.

Gadis tersebut memakai elektronik penutup telinga tetapi pendegarannya masih kuat berfungsi.

Penutup telinga tersebut digunakan oleh pihak berkuasa untuk menutup kecekapan telinga bangsa gadis tersebut dari terus berfungsi. Mereka berpura-pura tidak mengguna kecekapan telinga mereka untuk mengaburi pihak berkuasa.

Dia segera berlari bersembunyi disebalik bayang dinding berhampirannya. Dia hanya mampu bertawakal. Setiap kali hentakkan tersebut menandakan tentara tersebut semakin menghampirinya. Wajahnya berpeluh sejuk dan tubuhnya menggigil ketakutan.

"Tak sangka kita dapat kawal bangsa diplanet ni." Kata tentera pertama.

"Ya." Tentera kedua bersetuju.

Mereka lengkap bersenjata. Gadis berjubah tersebut memasang telinganya.

"Semua bangsa disini hanya layak dijadikan hamba! Tak layak memerintah." Ujar tentara pertama dengan angkuh.

Manakala tentera kedua ketawa dengan kenyataan kawannya.

Tak guna! Biadap bukan main! Hati gadis tersebut mula panas tanpa disedari mereka. Gadis tersebut keluar perlahan-lahan sebaik sahaja mereka melepasi tempat persembunyiannya.

Walaupun dia panas dengan kata-kata lelaki tersebut tetapi dia masih waras untuk bertempur dengan mereka. Lebih-lebih lagi mereka lengkap bersenjata. Jika dia bertembung dengan pihak berkuasa sudah pasti dia ditangkap dan diseksa seperti terjadi pada ayahnya.

Air mata gadis tersebut berguguran sebaik sahaja terbayang wajah ayahnya.

"Ayah......" Larian gadis tersebut semakin laju bersama liringan air mata.

Imbau kembali,
"Mengikut ramalan akan ada pahlawan dari syurga biru menyelamatkan kehidupan kita dan akan membebaskan kita dari seksaan syaitan ni." Ujar ayahnya.

"Pahlawan?" Gadis berambut panjang berwarna coklat gelap.

"Syurga biru?" Gadis kecil turut menyampuk.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now