Perlawanan kecil (Ep. 40)

4.3K 264 21
                                    

Imbas kembali,
Las hanya memerhati pari-pari itu yang sudah comot diselaputi coklat Chuis yang senang cair apabila disentuh.

"Pfffttt.. Hahaha comel. Habis comot badannya macam mandi coklat." Ketawa Las dalam hati.

"Hurm?"

Reaksi Las dan pari-pari itu serentak. Mereka memandang satu sama lain sebelum telinga mereka menangkap bunyi tapak kaki sungguh perlahan serta bunyi desir-desir angin seperti ada makhluk terbang.

Pantas pari-pari itu terbang dan bergerak keluar dari tingkap seperti tornado.

"Uish! Pantasnya." Ujar Las sambil memetik jari.

Kesemua debu pari-pari berkumpul dan ditelan oleh pentagram miliknya.

Pintu dibuka.

"Las!" Suara Arsh kedengaran.

"Perlahan gila kau berkemas."

"Kemas? Celah mana aku menggemas?"

"Celah tu." Senyuman Arsh yang cukup bermakna.

Las bagaikan terkejut apa yang didengari olehnya sebentar tadi.

"Macam mana Arsh tau? Setahu aku semua debu pari-pari aku dah bersihkan." Ujar Las dalam hati dengan sedikit kemusykilan.

"Tak akan disebabkan dia dah mula terjaga?"

"Hoi! Kau termenung apa? Diaorang dah datang."

"...?"

"Janganlah ting tong masa-masa ni."

Arsh menarik nafas sebelum menghembusnya.

"Mereka. Kawan baru kita."

"Oh! Maaf tiba-tiba otak aku lambat tangkap."

"Kau berangan ke apa tadi?"

"Atau kau sibuk main dengan pari-pari?"

Sekali lagi pergerakkan Las terhenti.

"Jadi tekaan aku tepatlah ni. Cayalah."

"..."

"Kau merepek apa? Aku? Pari-pari? Jumpa? Hahahaha. Itu satu keajaiban kalau aku jumpa."

"Hurm.." itu apa yang terkeluar dari mulut Arsh telah berjaya membuat Las memaling wajah ke arah Arsh.

Las benar-benar terkejut apabila melihat Arsh dikelilingi dengan cahaya putih dan rambutnya sekejap putih dan sekejap hitam.

Lebih terkejut lagi apabila bagaikan ada samar-samar sepasang sayap malaikat besar berwarna putih dan biru laut jernih dihujungnya.

cahaya bulan bagaikan sedang memancar ke tubuh Arsh. Las terpesona.

"...." Las tidak mampu berkata apa-apa.

"..."

"..."

"..."

"..."

Tiada sebarang perbualan diantara mereka.

Mata Arsh putih bercampur biru laut serta hijau . Cantik kerana tiga warna di dalam sepasang mata jernih dan berkilau.

Mata itu termenung diluar tingkap bagaikan sedang memikir masalah dunia.

"Cantikkan dunia sekarang." Ujar Arsh tenang.

"Huh?"

"Planet Aqua sekarang dah terlalu maju berbanding 3000 tahun yang lepas."

"Ini bukan Arsh! Ini "Kebangkitan"." Las bermonolog dalam hati.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now