Episode 25

4.5K 295 38
                                    

Di Pasaraya Mega Pavi, di kawasan tandas.
Arsh sedang mencuci tangan selepas menggunakan tandas. Tiba-tiba muncul sepasang tangan cuba menyentuh bahu Arsh semasa dia sedang membasuh muka telah menyebabkan Arsh melompat jauh dari dia dengan serta-merta.

Mata Arsh tajam bagaikan berhati-hati dengan sepasang tangan telah menjadi lembut apabila kenal siapa dia.

"Pantas betul tindakkan kau." Puji Las.

"Aku ingat siapalah tadi." Kata Arsh membetulkan kedudukannya.

"Ha? Kenapa?" Tanya Arsh sambil mengeringkan tangannya dengan tisu lembut yang disediakan di dalam tandas.

"Masak weh! Masak weh!" Kata Las sambil mengoyangkan badan Arsh. Arsh pun turut bergoyang.

"Ha?? Masak apa pula?"

"Senior Zulian dengan Sabrina bertembung!"

"Dah tu apa yang nak masaknya?" Jawab dengan penuh ketenangan.

"Eh? Kejap? Apa kau kata Sabrina?"

"Aah."

"Macam mana Sabrina ada dekat sini?" Arsh menjeling tajam ke arah Las.

"Hehehe.. Aku yang ajak tadi."

"Kau memang nak cari gaduh dengan aku kan?" Kata Arsh geram.

"Itu sebenarnya niat aku." Las tersenyum sinis.

"Kau ni sejak bile belajar jadi busuk hati?" Tanya Arsh aambil bergerak keluar dari tandas.

"Sejak dengki kau dapat hati Sabrina." Jawab Las bersahaja.

"Hati Sabrina? Sejak bile?" Tanya Arsh pelik.

"Lahai.. Lupa pula kau ni terlebih naif pasal benda ni."

"Sekarang macam mana nak selesaikan masalah?"

"Kenapa?"

"Sabrina ingat kau dengan senior Zulian bercinta!" Kata-kata Las menyebabkan Arsh berhenti.

"Ha?!"

Las mengangguk apabila muka Arsh menunjukkan wajah terkejut.

"Macam mana boleh jadi macam tu?"

"Senior Zulian cakap dia keluar dengan 'dia' dan 'dia' yang tolong balut luka dekat tangan. Si Sabrina dah silap. Dia tak kenal 'dia' tu kau! Masak kalau dia ingat kau tengah bercinta dengan senior Zulian."

"..."

"..."

"..."

Arsh bergerak meninggalkan Las. Las bergerak pantas mengejar pergerakkan Arsh. Dia tahu Arsh memikirkan sesuatu.

"Selamat menyambut Hari Perayaan. Kami ada menjual risalah manisan yang menjadi ikutan masa kini. Jika mahu sila tekan butang pembayaran. Berikan manisan yang sedap dan indah kepada mereka yang tersayang."

Arsh berhenti begitu juga Las. Mereka berdua memandang iklan pada papan kenyataan LED.

Arsh tersenyum manakala Las hanya memerhati tindakkan Arsh yang membeli risalah di mesin automatik.

"Nah ambil ni." Arsh menghulur.

Las menyambut dan dia bagaikan tahu rancangan Arsh. Mereka berdua bergerak semula ke kafe Kururu.

Di kafe Kururu,
Dari jauh lagi mereka berdua nampak Zulian dengan Sabrina tengah rancak berbual.

"Perempuan memang hebat bab sembang. Bagi tiga jam belum tentu habis." Kata Arsh dengan Las serentak.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu