Episode 54

3.4K 225 30
                                    

Sambungan episode lepas,

Di situasi Cashen,

Cashen memandang sekumpulan Uiff tanpa sebarang bicara. Ini pertarungan ke tiga dia dengan Uiff tetapi ini kali pertama dia berhadapan dengan Uiffie.

Perkara-perkara seperti ini bagus untuk tingkatkan keupayaan dalam medan pertarungan.

Dia mengenggam senjata pedangnya dengan lebih rapi. Dia memandang pentagram yang diaktifkan oleh Las sebentar tadi.

Pentagram lindungan bintang itu adalah pentagram perlindungan dimana raksasa tidak dapat memasukinya. Dia ada memperlajarinya tetapi ada kemusyikilan pada pentagram ini.

pentagram ni...

"AAUUUUUMMMMM!!" Suara Uiff mematikan lamunannya.

"...Lupa pulak.." Hatinya berbicara. Dia terlupa Uiffie sedang menantinya di luar pentagram.

Dia mengaktifkan sihir. Muncul sebuah pentagram lain warna dan corak dibawah setiap Uiffie dihadapannya.

Uiffie memandang pentagram dibawah mereka.

"Api." Pancul ayat itu di mulut Cashen.

Muncul api berwarna merah dibawah Uiffie lalu membakar setiap inci yang berada didalam pentagram itu.

Jeritan Uiffie memecah suasana. Uiffie dibakar hidup-hidup. Uiffie yang terkena pentagramnya tidak mampu keluar kerana ada sihir yang menghalang mereka meloloskan diri. Kebanyakkan Uiffie sudah rebah ke Erwy dan sudah rentung teruk. Wajah jangan dikatakan sememangnya sudah tiada raut wajah. Raut wajah ditelan api!

Akan tetapi ada terdapat dua Uiffie yang mampu mengawal sihir telah menggunakan sihir pelindung dari kilat menyebabkan mereka terselamat dari dibakar.

Uiffie tersebut menggunakan penumbuk kilat menghentak tanah berkali-kali sehingga pentagram di tanah retak dan hilang.

"..."

"Grrrrr!!" Uiffie menunjukkan wajah seperti mahu mengunyah Cashen.

Angin meniup diantara mereka menyebabkan suasana mereka dipecahkan dengan bunyi geseran dari pokok-pokok dan pedang milik juniornya.

"...."

"Grrrrr...!"

"..."

"Gggggrrrrrr!!"

Mereka membalas pandangan tanpa sebarang pergerakkan. Mereka terus memandang antara satu sama lain sehingga terasa gegaran yang kuat.

Cashen memandang sekilas dan terus berkata.

"Hoi! Janganlah kejut orang kampung."

Tanpa memandang, Las sudah meminta maaf.

Ditangan ketiga-tiga Uiffie sudah muncul pedang, pemanah dan penukul dari petir.

"Oh.. Mereka pun ada senjatan.. Baru tau.." Cashen memandang senjata-senjata milik Uiffie yang berlandaskan cahaya petir.

Seekor Uiff bertindak mendekatinya akan tetapi tindak balas penolakkan berlaku kerana Cashen masih berada didalam pentagram lindungan bintang. Habis terpelanting ke belakang tanpa menjejak tanah dan tubuhnya luka.

Uiff yang sama menyerang bangkit lalu menyerang semula tetapi kali ini dia menggunakan penukul mengetuk pelindung yang melindungi kawasan. Hasilnya sia-sia kerana pelindung itu memberi tindak balas menyerang semula Uiff tersebut. Sekali lagi, Uiff tercampak jauh kebelakang dan Uiff tersebut sempat menghalang dia terus terbang kebelakang dengan menahan tanah. Uiff tersebut memuntahkan darah.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now