Episode 75

3.4K 215 75
                                    

4 hari sudah berlalu,

Sesi pembelajaran berlangsung seperti biasa.

Hari pertandingan semakin menghampiri mereka yang terlibat.

Pertandingan itu akan berlangsung di Bandaraya Ranunculus.

Sudah menjadi kebiasaan Bandaraya Ranunculus menjadi tuan rumah untuk acara penting tersebut.

###########
Bukan itu sahaja, pelajar sekolah kesateriaan Aqua Kristal juga akan menghadapi Hari Peperiksaan Awal Tahun.

Pelajar-pelajar mula kelihatan memenuhi ruang perpustakaan, ruang bacaan, dan ruangan uji kaji.

Ruangan Uji Kaji adalah ruangan dimana sesuatu tempat khas untuk disediakan untuk menjalankan aktiviti kajian terhadap sesuatu benda.

Contohnya, pokok bunga. Bermulanya proses pemilihan anak benih sehinggalah pengeluaran anak benih semula direkod dan dicatat datanya oleh pelajar atau mahasiswa.

Rekodnya dicatat dengan terperinci dari bagaimana cara penanaman, berapa kuantiti air, jenis tanah, kelembapan tanah, jenis air, tumbuhan pembesaran diambil, berapa daun yang keluar dalam sesuatu tempoh, berapa masa diambil untuk pucuk mengeras, suhu yang diperlukan oleh pokok untuk berbuah, dll.

Walaupun sudah terdapat catatan mengenai sesebuah pokok yang ditanam, pelajar atau mahasiswa tetap perlu merekodkan semua perkara itu. Hal ini disebabkan, kemungkinan untuk berubah sesuatu data akan berlaku dan sebagai penduduk yang sentiasa dahagakan ilmu, perubahan sedikit seperti bilangan daun yang dikeluarkan oleh sesebuah pucuk yang berbeza satu atau dua helai daun juga amat-amat-amat penting dan tidak boleh terlepas pandang.

Selain itu, cara penanaman yang berbeza mungkin mampu mengurangkan penggunaan bahan kimia dan lebih mesra pengguna.

Ruangan ini adalah ruangan dimana pelajar sekolah dan mahasiswa berhubungan dan menjalankan aktiviti yang sama.

Selain dari pertanian pokok, mereka juga menjalankan pembiakan haiwan kacukan atau pembelaaan haiwan yang dibawa dari planet atau bintang lain semasa menjalankan misi. Kesemua haiwan itu akan dijaga rapi dan direkodkan.

Walaupun dikatakan jagaan rapi kebanyakkan haiwan-haiwan itu bebas berkeliaran dipadang rumput yang luas dan terdapat pengaliran air sungai yang jernih yang mengalir perlahan dari puncak bukit berdekatan sekolah mereka. Diruangan uji kaji masih terdapat macam-macam yang masih belum dirungkaikan di helaian kertas ini.

#########

Mereka memenuhi ruangan untuk belajar. Mereka tekun belajar. Ada yang belajar, ada yang sedang membuat latihan, ada yang sedang membuat nota dan tidak kurang juga ada yang tidur dibawah pokok.

Penat barangkali kerana peperiksaan semakin menghampiri mereka.

Usah kata tertekan, pening malah ada yang muntah berdarah malah pengsan kerana memikirkan peperiksaan yang mereka akan hadapi kelak.

#########

Semua penghuni diplanet ini tahu tentang perkara ini bahawa pelajar disekolah Aqua Kristal adalah pelajar pandai antara yang pandai.

Mereka belajar hampir 24 subjek setiap tahun dan mereka perlu mendapat A untuk 19 subjek untuk membolehkan mereka terus kekal berada disekolah itu.

Sudah namapun sekolah kesaterian naungan keluarga diraja sudah pasti terlalu banyak syarat yang mereka perlu ikut.

############

Mereka semua pandai tetapi ramai juga kecundang kerana peperiksaan mereka bukan sahaja diatas kertas malah kekuatan tenaga, eksperimen, keberanian, kekuatan sihir, reka seni, kecekapan mata, dan kecekapan telinga juga adalah sebahagian peperiksaan mereka.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now