Episode 32

4.2K 293 19
                                    

Di alam mimpi, Arsh.
Badan Arsh semakin kuat ditarik memasuki pusaran 7 warna. Pandangan Arsh menjadi putih. Arsh terasa tubuhnya menjadi sejuk dan panas berselang-seli.

"Arghhh....." Arsh menggerang perlahan sambil memegang jantung. Tubuhnya berpeluh deras.

Mata Arsh mula menjadi keputihan secara perlahan-lahan. Arsh terduduk dengan betis berlipat.

"Arghhh.... Sa....sa...ki...ttt.." Peluh Arsh membasahi bajunya.

Badannya rasa sangat-sangat sejuk tetapi badannya berpeluh teruk. 

Terdengar tiupan angin di hadapan Arsh. Arsh membuka sebelah matanya. Terlihat pusaran kecil berwarna biru dan putih dihadapannya.

"Haaa...haaa...haaa...haaa.." Arsh cuba membuka kedua-dua matanya.

Pusaran kecil tersebut semakin kecil dan hilang dari pandangan. Selang beberapa saat pusaran tersebut muncul kembali dan membesar, kemudian pecah dan muncul kristal ais turun seperti salji.

"Huh? Cantik." Arsh ujar dengan teruja. Tubuhnya terasa ringan dan kurang sakit.

Kristal ais jatuh berguguran berhampiran Arsh dan kristal Ais tersebut cair sebaik sahaja jatuh ke tanah.

Di situasi Las dan Cashen,
Detik mencemaskan apabila tubuh Arsh mula berpeluh teruk dan nafasnya turun naik bagaikan orang sedang mengalami sakit yang teruk. Badan Arsh bergetar teruk.

"Apa yang sedang berlaku?" Hati Cashen berbicara sendiri.

Suasana sepi dan cemas dikawal baik oleh dua lelaki tersebut, iaitu Las dan Cashen.

Pantas Arsh mengeluarkan komputer graviti 3D-nya dan menghubungi pihak Doktor Piko.

"Helo, Piko bercakap."

"Helo, saya Las." Suara Las kedengaran risau.

"Kenapa?" Tanya Piko.

"Arsh..Arsh badannya berpeluh teruk tapi suhunya sejuk!" Terang Las. Cashen hanya memerhati Las sambil menyentuh leher Arsh.

"!"

"Dimana korang sekarang?" Tanya Piko.

"De..." Las terputus kata apabila Arsh menyentuh tangan Las .

Arsh tersenyum kecil dan mengeleng kepala.

"Heloo?? Las??? Las?? Apa yang berlaku??" Suara Piko sedikit kuat.

Las menutup komputer gravitinya tanpa menjawab pertanyaan Piko.

"Kau ok?" Tanya Cashen.

Arsh cuba membuka matanya yang terasa berat sebelum menjawab soalan Cashen. Dia mengangguk kepalanya.

"Apa yang berlaku...?" Tanya Cashen semula.

Tubuh Arsh mula kelihatan tenang dan peluhnya berkurangan. Arsh tersenyum dengan kenyataan Cashen.

"Kebangkitan." Sepatah sahaja keluar dari mulut Arsh berjaya membuat Cashen terpingga manakala Las mula menunjukkan wajah serius.

"..." Hati Las sedikit gelisah.

"Dah. Jom sambung berlatih. Kita ada sebulan dekat sini." Suara Las sedikit dingin.

Arsh dan Cashen memandang Las yang sudah bangun dari duduk. Mereka turut berdiri dan memulakan latihan.

Tanpa mereka sedari hari semakin cemburu mereka. Senja mula bercanda di langit.

"Tak sangka, dah senja." Ujar Arsh perlahan.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now