Episode 80

3.6K 197 13
                                    

"Saya adalah sistem peribadi S.O.B akak dalam menjayakan peperiksaan akak kali ini.

Tugasan pertama iaitu uji warna akan dijalankan keesokkan hari.

Ah! Sebelum saya lupa nama saya Aurelia." Budak itu tersengih sambil membantu Sabrina bangun dari baringan.

Dia tidak menjangka wajah sistem peribadi dihadapannya saling tidak tumpah raut wajah kakaknya dahulu walaupun dah bertahun wajah kakaknya meninggalkan dirinya.

"Aurelia...?" Sabrina memandang wajah yang seiras benar dengan wajah kakaknya.

Sebelum dia terfikir sesuatu.

Kejap.. Masakkan kakak masih hidup. Lagi satu sekarangkan di alam maya. Mungkin hanya kebetulan sahaja.

"Jadi nama akak apa?" Sabrina menanya panggilannya. Dia tidak mahu tebal muka jika silap nama.

"Pandai juga akak ni ya. Akak akan memegang watak sebagai Inna, kakak saya. Selain saya, tiada seorang pun orang kampung tahu identiti akak." Gadis bernama Aurelia menariknya untuk berjalan.

Jadi nama aku Inna dalam cerita ni. Rindu betul nama tu. Kebetulan betul dapat nama tu.

"Akak tau tak! Mak kan~ diakan~ masak makanan kegemaran akak." Ujar Aurelia sambil melambung-lambung tangan Sabrina ke udara.

"Iya? Mak masak apa?"

"Nasi telur ikan sayap."

Telur ikan sayap? Ikan apa tu?

Sabrina memandang sekeliling. Dia dan Aurelia sedang turun dari bukit.

Dari atas bukit mampu melihat seluruh kampung dengan jelas dan diikuti dengan cahaya waktu senja.

"Cantiknya..." Sabrina memuji. Sabrina berhenti berjalan dan memandang pemandangan di lereng bukit tersebut.

Aurelia turut berhenti apabila Sabrina mengenggam tangannya dengan lebih kuat memaksanya berhenti bergerak. Aurelia memandang Sabrina seketika sebelum memandang pemandangan dihadapannya.

"Apa agaknya yang mereka berdua tengah lakukan sekarang." Bisik hati Sabrina.

Sejak hari peperiksaan mereka langsung tidak bertembung kerana berlainan nombor pendaftaran malah mereka langsung tidak berkomunikasi satu sama lain.

Ingin telefon tetapi takut menganggu. Dia sudah lama tidak bersembang dengan Arsh kerana Arsh jarang ada dengan mereka. Arsh terlalu sibuk barangkali sehingga bayangnya pun sukar dikesan melainkan waktu rehat. Itupun jika dia berehat dikafe sekolah.

Selalu yang menemaninya hanyalah Las. Las sahajalah yang selalu melayan kerenahnya semasa Arsh tiada. Hanya waktu tertentu sahaja Las lesap tidak dapat dikesan, masa tu terpaksalah dia lepak dengan Ria dan Jee. Bukan dia mahu merunggut tetapi lepak dengan Las dan Arsh jauh lebih menyeronokkan.

"Akak Inna! Akak Inna!"

Sabrina tersedar dari lamunan apabila lenggannya digoyangkan.

Eh? Dah malam? Lama betul aku termenung.

Agak terkejut apabila suasana sudah berubah gelap dan sudah diterangi oleh berjuta-juta bintang di kaki langit. Rumah-rumah pula sudah diterangi lampu dan beberapa asap kecil yang datang dari unggun api kecil.

Nostagianya tempat ni.

"Jomlah balik! Aure dah lapar.." Aurelia merenggek sambil menepuk perutnya, mahu membuktikan bahawa dia sedang kelaparan.

"Hehehe.. Ok-ok.. Jom balik.." Sabrina memujuk.

Mereka berjalan pulang ke 'rumah' nya.

=============
Keesokkan harinya,

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now