Episode 59

3.4K 228 28
                                    

Di satu tempat yang masih tidak diketahui,

Zuin merenung keluar jendela di istana. Hari ini, baru masuk hari ke tiga sejak dia lari dari tempat puaka tersebut.

Sejak tiga hari yang lepas, dia perasan bahawa kawasan tersebut tiada apa yang menyeronokkan hanyalah kawasan dipenuhi salju, pokok-pokok yang hanya tinggal batang tanpa daunnya, tiada binatang yang datang menjenguk dan paling dia perasan adalah tempat ini bagaikan sudah terhenti masa apabila hanya ada malam hari sahaja.

Sang bulan sentiasa menemaninya tanpa kekok. Sejak tiga hari yang lepas, dia menyedari bulan tersebut berubah-rubah bentuknya.

"Bosannya~~~~!" Ujar Zuin berbaring di atas jendela dengan memakai baju dress tanpa lenggan dan labuhnya melepasi lutut.

Walaupun terasa sejuk sehingga mencengkam tulangnya, dia membiarkan sahaja kerana dia menyukainya.

"Pahal tempat ni macam alam kematian sahaja?!" Dia merunggut.

Dia memalingkan wajahnya ke tiang pagar yang memegang jendelanya terlihat ada sekuntum bunga disebalik kawasan titik buta dan dilindungi oleh salji.

"Eh?!" Lantas dia bangkit dari baringnya dan bergerak menghampiri pagar.

Hanya beberapa meter untuk dirinya memetik bunga tersebut jika dia memaut lengan di pagar jendela.

"Cantiknya bunga tu! Bunga lili!" Ujarnya teruja.

Bunga lili yang diperhatikan olehnya adalah berwarna merah jambu dan terdapat garis warna unggu di sekeliling kelompak dan garis merah belacan di tengah-tengah bunga.

Zuin memanjat jendela dan memaut sebelah lenggannya pada tiang. Kakinya terhayung-hayang. Dia sedaya upaya mengapai bunga tersebut sehingga dia merengang ototnya sejauh yang boleh.

"Sikit je lagi...sikit je lagi..."

"Yeahh!! Dapat pon!!" Dia gembira kerana berjaya tetapi nasibnya malang apabila tangannya tergelincir dari memaut pagar tiang dan lalu terjatuh dari tingkat tiga.

"Tipu! Aku jatuh ke?!" Muka Zuin biru dan pucat apabila menyedari dirinya melayang.

"Alangkah indahnya.. Dirinya didukung oleh si pemerintah yang tidak ketahui namanya.. Aaaahhhh!!!" Sempat dia berangan sebelum terasa daya graviti menariknya ke bawah dengan lebih laju. Dia memejam mata.

Terasa tubuhnya didukung. Jantung berdegup laju.

"Takkan..Takkanlah aku didukung oleh dia?! Uahh, apa perlu aku lakukan?! Gementarnya." Sempat dia bermonolog.

Dia membuka matanya perlahan-lahan dan terus matanya terbeliak apabila menyedari sesuatu.

Bukan si pemerintah yang menyelamatkannya tetapi.. Pokok! Ya, dahan pokok yang berbentuk tangan menyelamatnya.

Hancur punah harapannya apabila menyedari kebenaran. Kenapa perit sangat kebenaran. Dirinya mengeluh.

Dia merenung bunga ditangannya. Bunga yang cantik! Dirinya tersenyum kembali. Dia memandang sekeliling. Dia rasa dia tahu nak buat apa, alang-alang sudah bosan ni.

Dia nak bina pagar sesat dengan salji yang bertimbun! Dia mula berlari mengambil penyodok di stor berhampiran.

Selepas mengunpulkan semua bahan, dia bagaikan melupai sesuatu.

"Baju sejuk!" Pantas dia berlari ke dalam istana semula.

Disebalik tingkap tidak jauh dari situ diperhati oleh pemerintah. Dia memerhati gelagat si Zuin tanpa sebarang riak wajah.

######

Di Aqua,

"Las!!!!!!!!" Suara mengegarkan dunia itu sudah dapat diteka oleh Las.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now