Episode 26

4.4K 303 11
                                    

Malam, di bilik Arsh.
Arsh sedang bersandar dikerusi biliknya sambil menghalang pandangan matanya dengan lengannya. Arsh melepaskan keluhan. Angin bertiupan. Langsir dibilik Arsh berterbangan kerana tidak menutup tingkap dengan rapat.

"Siapa?" Arsh menjeling kearah tingkap. Tiada siapa yang menghayut.

"Aku rasa tadi ada bayangan seseorang bertelinga..." Bicara Arsh dalam hati sambil bergerak kearah tingkap lalu menyelak kain langsir. Sepi.

"..." Arsh memandang disekelilingnya kemudiannya memandang bulan. Angin dingin mula terasa.

"Pesta perayaan manisan..." Arsh bertutur perlahan sambil keluar dari biliknya melalui tingkap lalu duduk diatas bumbungnya.

Angin lembut dan sejuk menyapa tubuh Arsh dengan sempoi-sempoi bahasa. Arsh menutup seketika wajahnya menghayati angin yang menyapa dirinya.

Tiba-tiba muncul pusaran cahaya yang berdekatan tempat dia duduk sambil memeluk kaki kirinya. Arsh terkejut dengan kehadiran manusia berjubah kelabu yang berkerudung yang tidak nampak wajahnya. Dia tersenyum tetapi senyumannya sungguh menyeramkan. Arsh berdiri dan membuat kedudukan bersedia menyerang.

Ada pusaran angin sejuk bergerak berpusing ditangan Arsh sebelum muncul pedang miliknya. Arsh memandang manusia yang berjubah kelabu.

"Kau siapa?" Suara Arsh dikeraskan. Manusia tersebut tidak menyahut tetapi tersenyum.

"Kau nak apa?" Tanya Arsh lagi selepas manusia berjubah tidak menjawab soalannya.

Manusia berjubah tadi tiba-tiba menghilang dan muncul dihadapan Arsh dalam masa sekelip mata. Arsh terkejut melompat kebelakang dengan lompatan lipat kebelakang. Arsh mengerakkan pedangnya ke belakang bagaikan mahu menyerang.

"Kau tak akan mampu bunuh aku.." Suara perempuan kedengaran. Dia menunjuk jari telunjuknya kearah Arsh.

"Kalau aku tak mampu pun. Aku mampu mencederakan kau."

"Cubalah." Cabar wanita berkerudung itu.

Arsh bergerak dengan pantas ke arah wanita berkerudung lalu menyunus pedangnya dengan tangkas akan tetapi wanita itu mengelak bagaikan pergerakkan Arsh hanya pergerakkan biasa. Wanita berkerudung tersebut mengelak setiap hunusan pedang Arsh sebelum melompat turun ke tanah dan berlari dan berhenti ditak jauh dari rumah Arsh. Arsh bagaikan tahu wanita itu mahu dia mengikutnya.

Arsh melompat ke dahan ke dahan pokok besar dengan satu tangan kerana tangan satu laginya sedang memegang pedang.

Arsh melompat ke tanah dan mengejar wanita tersebut. Wanita berkerudung tersebut mengaktifkan sihir disekelilingnya. Satu kuasa hitam bagaikan banyak tangan bergerak ke arah Arsh. Arsh terkejut dan pantas berlompat kebelakang untuk mengelak dari tangan kegelapan tersebut menangkapnya.

Apabila jarak mereka jauh, wanita tersebut berlari meninggalkan Arsh.

"Nanti!" Arsh mengejar wanita berkerudung itu. Mereka berkejaran sehingga ke tempat tidak ada perumahan dan jauh dari orang ramai.

Di taman sungai bulan,
Wanita tersebut berhenti di taman tersebut. Arsh tercunggap kerana berlari mengejar wanita ini dekat 30 kilometer.

"Penat?" Suara wanita tersebut bagaikan menyindir Arsh.

"Ha...ha..ha..ha...haaa.." Arsh masih lagi melepaskan lelah dari larian jauh.

Arsh memandang wanita tersebut dengan penat. Wanita itu mengaktifkan pentagram dan muncul cahaya bagaikan tornado tajam menghala ke arah Arsh. Arsh yang masih kepenatan berjaya melompat ke tepi dan jatuh terbaring ke tanah.
Arsh cuba berdiri walaupun dia masih lagi penat. Dia berdiri dalam keadaan bersedia.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now