Episode 46

3.6K 225 55
                                    

Di dalam kapal masa,

Kapal masa sedang merentasi ruangan masa dengan tenang. Pergerakkan kapal disetkan automatik. Bentuk kapal yang dinaiki mereka seperti ikan pari yang sedang berenang di lautan.

Mereka sedang berkumpul di ruang dalam sambil menikmati makanan yang kapten Soa masak.

Kapten Soa sedang sibuk memasak di dapur. Dia memakai apron warna putih dan menyising baju hingga ke siku. Dia cekap memotong ikan tanpa tercarik atau hancur isi ikan sebelum mencampak segala jenis bahan yang tersedia potong ke dalam kuali manakala mereka yang lain sedang menikmati masakan yang dihidang olehnya.

Makanan yang dimasaknya adalah korin makanan laut. Bau yang cukup menyelerakan serta warna yang memukau hati

"Sedap!!" Ujar Sabrina teruja.

Las menjeling Sabrina yang mempamerkan wajah gembira tak terhingga apabila nenikmati makanan yang terhidang dihadapan mereka.

Las tersenyum kecil, dia sudah cukup masak dengan sifat Sabrina kaki melantak.

Las menjeling Cashen yang menyuap korin ke dalam mulut dengan tenang.

"Mana reaksi dia? Nak kata muka dia menunjukkan sedap tak, nak kata tak sedap pun tidak...." Terdetik hati Las.

Las mengalih pandangan pada Arsh yang juga tenang menikmati masakan dan sesekali dia mengaul makanan seperti insan yang sedang merajuk.

"..." Las terkebil-kebil melihat lagat Arsh seperti kanak-kanak yang tidak dapat gula-gula.

Walaupun wajah Arsh tenang bagaikan tiada apa tetapi pada pandangan Las dia tahu Arsh sedang merajuk.

"Dah kenapa...?" Bisik hati Las.

"Las?" Seseorang menegurnya.

Las tersedar dari lamunan. Sabrina menegurnya.

"Ya?"

"Tak makan ke? Sedap tu!"

"Ah? Maaf.. Aku makan dulu."

Sabrina memandang Las sambil mengecilkan matanya apabila Las sedang membuka penutup mulutnya. Dia mahu tahu bagaimana wajah Las sebenar.

"Nah makanan seterusnya.." Kapten Soa meletak makanan yang berasap dihadapan Sabrina.

Pandangan Sabrina terus dihalang dengan asap yang berkepuk-kepuk.

"?!"

"Menyibuk!! Aku baru nak tengok muka Las!!!" Sabrina membentak geram didalam hati.

Dia menjeling tajam pada kapten Soa dan Kapten Soa bagaikan menunjukkan senyuman sinis.

Sabrina memahami senyuman itu yang membawa maksud 'Marah ke?'. Sabrina mendegus geram. Nasiblah lelaki itu ketua kumpulan misi kali ini jika tidak sudah lama dia mengoreng lelaki tersebut.

Asap dari makanan itu terus menerus menghalang pandangan mereka semua dari wajah Las. Bagaikan asap itu mahu mengaburi pandangan supaya wajah Las terus menerus menjadi misteri.

Di situasi Arsh,

Walaupun Arsh tidak menunjuk sebarang reaksi melainkan menyuap makanan ke dalam mulutnya tetapi dia tahu bahawa Sabrina sedang sedaya upaya untuk melihat wajah Las tetapi kecewa apabila Kapten Soa meletak makanan di hadapannya.

Arsh tersenyum kecil dengan gelagat mereka dan menyambung makan semula.

Hatinya masih lagi terusik dengan perasaan cemburu walaupun tidak sekuat tadi. Hatinya masih tertanya-tanya siapakah Geo yang dia jumpa tadi. Apa hubungan dia dengan Sabrina? Adakah kawan sejak kecil?

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz