Episode 34

4.1K 256 19
                                    

Memori Las, di koridor Dewan Senan.
Las melepaskan degusan. Walaupun dia masih rasa mahu hentam si pembuli tu tetapi ditahannya. Kebiadaban mereka tidak boleh diberi muka!

"Errr.."

Las tersedar dari lamunannya lalu memaling wajahnya ke arah dua gadis yang berada di belakangnya.

"Terima kasih.." Si gadis bertubuh berisi tersebut mengucap terima kasih dalam keadaan dia menyorok di belakang gadis lampai.

Las tidak menjawab tetapi sekadar mengangguk kepala dan bergerak meninggalkan mereka berdua. Mereka berdua terpingga-pingga sebaik sahaja ditinggalkan oleh Las.

"Hei! Tunggu!" Gadis lampai menahan Las terus bergerak dengan berdiri dihadapannya.

"..." Las berhenti bergerak tetapi mulutnya masih terkunci.

Sememang itu sifat Las yang tidak banyak bercakap dan sukar bergaul tetapi masih lagi bertimbang rasa. Walaupun dia bijak dan sangat tangkas orangnya, dia banyak menyendiri. Hal ini menyebabkan, Las digelar sebagai Musang Bulan Purnama oleh pelajar tahun satu.

"Jangan sombong sangat! Hidup menyombong tak ke mana." Ujar gadis tersebut.

"...?" Las sedikit terpingga dengan kenyataan gadis tersebut. Keningnya diangkat sedikit.

"Walaupun awak sombong.. saya boleh ja nak selesaikan mereka tadi.." Gadis tersebut tidak mahu mengalah.

Las yang sememangnya ada kebolehan untuk membaca hati tahu bahawa gadis tersebut malu untuk mengucapkan terima kasih.

"..." Las sengaja tidak membalas.

"..." Gadis tersebut menyilangkan tangannya dan mengadap ke kiri Las sambil memejamkan matanya.

"..."

"..."

"..."

Gadis tersebut membuka sebelah matanya untuk memandang Las yang tidak langsung bergerak ataupun menjawab melainkan berdiri sambil memandangnya.

"Setakat diaorang, apalah sangat! Saya boleh ja belasah diaorang kasi lembik!"

"..."

"..."

"..." Las masih membisu.

"Hei! Cuba cakap sesuatu! Jangan jadi bisu!" Hati gadis tersebut semakin resah dengan reaksi Las.

Las sedikit sebanyak benar-benar seronok dengan mendera hati gadis tersebut.

"Grrrr!" Wajah perempuan tersebut mula merah. Malu campur marah sedikit dengan reaksi Las.

"Errr... Korang..." Suara dari gadis berisi berjaya memutuskan kemarahan gadis lampai didepan Las.

Mereka berdua memandang gadis tersebut yang gelisah dan wajahnya merah menahan malu.

"Te..te..te...rima.. Kasih sebab tolong tadi." Ucap sekali lagi. Las memerhati gadis tersebut dengan hujung matanya.

"Siapa nama awak?"

"?!" Gadis tersebut tidak menjangka Las menanya namanya.

"P... Pi... Piko! Tahun satu kelas A0004!" Jawab gadis tersebut.

"Piko... Comel nama tu.." Terbeliak mata dua gadis tersebut dengan pujian mengejut Las.

"Terima kasih, Las!" Piko benar-benar gembira sehingga mengalir air mata.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now