BAB 2 - The Agony

3.4K 177 1
                                    

KAPAL kecik yang membawa kontena duit itu sudah dikosongkan. Budak-budak Luxion sedang menyimpan duit ke dalam lori milik kumpulan Luxion itu. Budak-budak yang lain pula sedang mengumpul mayat-mayat ahli Blizton ke dalam gudang. Senang untuk dibakar nanti.

Vincent hanya memerhati sambil bersandar di kereta Ferrari 455 itu. Phone di telinga.

" Jangan risau. Semua beres. Dengan si Hanson tu pun dah melecur habis dia. Jerit dia mengalahkan perempuan. " Katanya dengan ketawa di hujung ayat.

" Baguslah. Selesai je terus balik. Adik aku ok tak? "

" Apasal tanya dia ok ke tak? Dia duduk kat atas je menembak dari jauh. Patutnya risaukan aku ni. "

" Whatever. Esok pagi aku nak tengok muka kau berdiri tercegat ka rumah ni. Faham? " Arahnya tegas.

Vincent menganggukkan kepala.

" Faham ke tak? "

Sekali lagi dia menganggukkan kepala sebelum dia tersedar.

" Ehh faham faham. " Jawabnya cepat. Apa ke bangang ingat boleh nampak ke.

Tamat saja panggilan, Ryan sudah muncul di sebelah Vincent. Vincent menoleh ke sebelah sebelum tersenyum nipis.

" Nasib baiklah aku bawa kau sekali. Kalau tak naya je. " Puji Vincent ikhlas.

" Kau tak adalah kuat mana kalau tak ada aku. " Jawabnya bongkak.

" Ah kau. Sekali puji terus tinggi ke angkasa hidung kau. "

Kedua-dua mereka tergelak kecil sebelum mereka dipanggil oleh budak suruhan mereka.

" Tuan, duit dah settle. "

Vincent hanya diam kerana dia tahu panggilan 'Tuan' itu ditujukan kepada Ryan. Walaupun dia lebih tua dari Ryan namun kuasanya tetap di bawah Ryan. Namun cukup tinggi untuk mengarahkan budak-budaknya.

Ryan mengangguk sebelum menghalakan pandangan ke arah gudang yang dah penuh dengan mayat-mayat. Dilihatnya mereka sudah selesai menuangkan minyak gas ke seluruh gudang serta ke atas mayat ahli Brizton. Terus salah seorang ahli Luxion mencampakkan pemetik api ke dalam gudang lalu menutup pintu gudang tersebut. Mereka semua terus pergi dari situ secepat yang mungkin sebelum api itu semakin marak.

ㅇㅇㅇㅇ

LANGKAH cepat diatur di sepanjang koridor rumah itu. Sepanjang koridor itu, banyak gambar-gambar keturunan Lusian yang jelas terpapar di setiap koridor. Daripada pengasas Luxion sampailah kepada ketua Luxion sekarang ni. Brodie Oxstin La Fauci. Rumah agam yang seperti istana itu kepunyaan adik-beradik La Fauci

Dengan cepat kakinya melangkah untuk menyampaikan berita yang dah dikirimkan oleh Vincent tadi. Sampai di depan pintu besar yang pemegangnya bersalut emas. Dia menolak kedua-dua pintu itu dengan kuat lalu nampaklah ada dua mahluk yang tengah melayan nafsu serakah di atas katil.

Gadis itu terkejut dengan kehadiran adik kepada Brodie. Brodie mendongakkan kepala memandang adiknya, Angel Myqa La Fauci yang masih tercegat di pintu sebelum mengeluh.

" Leave. " Arahnya sepatah ke arah gadis itu.

Tanpa membantah, dia terus mengenakan kot labuh di badan dan mengutip bajunya di lantai. Dia berjalan melintasi adik Brodie sebelum tunduk sedikit sebagai tanda hormat lalu beredar. Dia melangkah masuk menuju ke abangnya.

" Having fun? "

" Was. "

Brodie sudah pun menyarungkan bathrobe berkain silk di badannya.
Bukannya Angel tak tahu abangnya tengah berseronok tapi dia kesah apa. Hari-hari buat macam tu. Gadis tadi tu pun merupakan maid di rumah itu. Asal ngam je si Brodie akan kebas.

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now