BAB 9 - 2nd Attempt

1.6K 130 2
                                    

HAYES masih lagi berbungkur dalam selimut walaupun matahari dah terpacak atas kepala. Entah kenapa dia rasa malas hari ni. Selepas dia balik malam tu, dia langsung tak dapat tidur. Fikirannya asyik terganggu. Akhirnya dia tidur pukul 4 pagi.

Tiba-tiba bunyi ketukan kedengaran dari luar.

" Bos? " muncul kepala Caster, orang kanannya.

" apeeeee.... " sahutnya dalam keadaan mamai.

Caster terus masuk lalu menuju ke tingkap bilik yang masih ditutup dengan langsir. Hayes yang nampak pergerakkan Caster terus terbeliak matanya.

" Jangan buka bab- eeee!! "

Caster membuka langsir dan tingkap seluas yang boleh menyebabkan cahaya masuk. Sekali gus memancar ke arah Hayes yang tengah pedih matanya. Terus dia masukkan kepala ke dalam selimut.

" Kau kuangjarrrr! " marahnya dari dalam selimut.

Caster menghampiri Hayes lalu merentap selimut lelaki itu. Hayes juga turut merentap kembali.

" Bangunlah pemalas. "

" Blahlah. "

" Aku cakap bangun. "

Berlakulah adegan tarik-menarik selimut.

" Kau tengok sekarang dah jam brapa. Bila lagi nak bangun? "

" Asal kau membebel macam mak nenek ni? "

Caster mengeluh lalu melepaskan selimut itu.

" Sekarang dah kul 11 jantan oii. "

Hayes hanya menayangkan muka blur dan mamainya.

" Dah tu? "

" Kau lupa ke apa kau nak buat hari ni? "

Keadaan menjadi sunyi. Hayes memandang Caster di hujung katil itu. Masih sunyi. Akhirnya...

" Apa? "

Caster mengeluh lalu bercekak pinggang.

" Angel. " jawabnya sepatah.

" Angel? Sapa? "

" Kau ni asal? "

" Apa? "

" Cakap nak kahwin dengan dia. "

" Dia taknak. Sekarang blah. Aku nak tidur. " Hayes menarik selimut sehingga menyelubungi kepalanya.

Caster pula sedikit terkejut mendengar jawaban Hayes. Memang dia tahu yang Angel akan menolak tapi yang dia hairan ialah kenapa bosnya itu macam dah putus asa.

" Macam tu je? "

"Hmm. "

" Buatlah something. Asal masih berbungkur kat sini lagi? "

Caster naik geram lalu merentap kuat selimut itu sehingga terbang jatuh ke lantai.

" Aku cakap bangun. "

" Kau ni serabutlah. "

Caster melangkah ke pintu namun langkahnya terhenti dan berpaling semula ke arah Hayes.

" Oh ya. Aku ada benda nak cakap. "

" Hmm. "

" Budak-budak cakap diorang ada nampak beberapa orang yang tengah follow Ryan. Sekarang dia dekat- "

" Asal tak bagitau, setan?! "

Hayes terus bangun dari baringannya sekelip mata.

" Suruh diorang stay alert. " arahnya kepada Caster.

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now