BAB 32 - The Hotz

1.1K 87 0
                                    

" I have a slight left to right wind, dial in Left 1 MOA. "

" Roger, Left 1 MOA." Ryan menyahut.

" Spotters up. Send it. "

Ryan menetapkan sasaran yang dengan sniper rifle Barrett M82. Picu ditarik dan

BANG!

" 9 Oclock, 2 inches. " Ryan melaporkan kepada Hayes yang menjadi ' Spotter '.

" Just off the right edge of target, hold left edge and re-engage. Spotters Up. "

Ryan mengikut arahan atau info daripada Hayes. Hayes menunggu Ryan mengubah kedudukannya sebelum mengeluarkan arahan seterusnya.

" Send it. "

Ryan menarik picu selepas menetapkan sasaran dan mendengar arahan Hayes.

BANG!

" 11 Oclock, 1 inch. "

" Center Mass, nice shot." Puji Hayes apabila tembakan Ryan tepat kena sasaran.

Hayes mengusap kepala Ryan dengan senyuman di bibir. Ryan tersenyum bongkak sambil mengemas senjatanya.

Hayes ketawa kecil melihat Ryan yang cuba menahan senyumannya daripada semakin melebar. Hari ini dia meluangkan masa dengan Ryan yang ingin mengasah lagi kemahiran snipernya. Sejak kebelakangan ini dia perasaan yang Ryan semakin selesa dan rapat dengannya. Satu proses.

Mereka berdua melangkah ke kereta di mana Vincent sedang menanti mereka. Sampai sahaja di depan kereta, Hayes menepuk bahu Ryan.

" Apa plan hari ni? " tanya Hayes.

Vincent memandang Hayes dan Ryan dengan pandangan pelik sambil mengangkat sebelah keningnya.

" Takde. " jawab Ryan terpinga-pinga.

" Plan apa? " tanya Vincent pula.

Ryan memandang Hayes yang merenungnya lama. Ting....

"Ouh. Ahh..." barulah Ryan teringat tentang rancangannya.

Hayes menyiku perut Vincent di sebelahnya.

"Jom balik."

Vincent memandang Hayes dan Ryan bersilih- ganti.

"Habis Ryan?"

“Aku ada hal hari ni. Baliklah dulu.”

"Hal apa? "

"Balik." Hayes menolak-nolak badan Vincent masuk ke dalam kereta.

"Aku ikut." Vincent pula cuba melawan.

"Takyah. Balik. "

"Ikut. "

"Balik. "

"Eh engkau ni- "

Ryan hanya mampu memandang dua orang lelaki itu saling tolak-menolak antara satu sama lain.

"Ryan, pergilah. Nah." Hayes melontarkan kunci kereta Bugatti Veyron kepada Ryan.

"Eh eh eh. Ni hal apa pula sampai bebugatti-gatti pula ni?" tanya Vincent dengan perkataan yang tak wujud dalam kamus.

"Balik."

"Kau tolak aku lagi si-"

"Aku gerak dulu." kata Ryan sambil menuju ke kereta milik Hayes.

Tak tahan lagi nak layan diorang berdua tu.

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now