BAB 45 - Crashing Us

907 70 3
                                    

BRODIE menumbuk dinding berkali-kali sehingga jarinya merah dan luka. Eddy hanya mampu berdiri di belakang membiarkan Brodie melepaskan amarahnya. Brodie mengeluh kuat sambil berpaling menghadap Eddy yang sedang menahan seorang perempuan di sisinya.

" Ke mana dia lari? " tanya Brodie.

Dia tidak menyangka yang orang-orang Camelia akan datang menyerbu. Camelia dan Theresa sepatutnya berdua-duaan di rumah itu. Di sebabkan itulah Brodie tidak membawa orang-orang menyerang Camelia.

Orang-orang Camelia menyerang dan mengebom rumah itu. Brodie sempat menyelamatkan diri dengan Eddy yang berjaya menahan Theresa. Selepas Camelia keluar dari rumah itu, jejaknya tidak dapat dikesan.

Theresa memandang Brodie dengan pandangan dingin sebelum bersuara.

" Kau kenal Ernesto? " tanya Theresa.

Brodie mengerutkan dahinya cuba untuk berfikir. Eddy seakan-akan sedar sesuatu lalu memandang ke arah Brodie.

" Ernesto Amadeo. " kata Eddy.

Brodie memandang Eddy seketika sebelum pandangannya beralih kepada Theresa.

" Tu ialah ayah Camelia. Dia mati. " kata Theresa.

Mata Brodie terbeliak mendengar apa yang Theresa katakan. Tiba-tiba fikirannya terbang kepada 20 tahun yang lalu yang mana peristiwa hitam berlaku dalam hidup mereka. Kedua-dua ibu bapanya meninggal Bersama seorang lelaki yang Brodie kenal sangat.

" Ernesto. Dia dah mati 20 tahun lalu. " kata Brodie.

" Camelia nak tuntut bela. "

Brodie ketawa sinis. Dia seakan-akan sudah dapat meneka sebab Camelia mahu membunuhnya.

" Aku tahu tu semua tak benar. Camelia kena tipu. Aku yakin. Aku cuba haling dia tapi dia tetap degil." terang Theresa.

Brodie terduduk lemah di sofa. Dia teringatkan kata-kata Camelia tentang Hayes.

" Macam mana dengan Hayes? " tanyanya dingin.

" Dia bersuhabat dengan Camelia? " tanyanya lagi.

Theresa mengangguk dengan perlahan. Eddy memandang Brodie dengan pandangan risau.

" Ke mana perempuan tu pergi? "

" Itali. " jawab Theresa.

Brodie terus memandang Eddy dengan pandangan serius.

" Eddy, sediakan jet. Kita terbang ke sana sekarang. "

ㅇㅇㅇㅇㅇ

BRODIE duduk di belakang Bersama dengan Eddy di sebelahnya. Jet peribadi itu sudah pun berlepas lebih kurang sejam yang lalu.

Eddy menoleh ke arah Brodie yang Nampak agak tak keruan. Dia tahu apa yang bermain di fikiran Brodie sekarang. Dia memandang paha Brodie yang sudah dirawat dan dibalut. Buat masa ini, Brodie tidak mampu berlari kerana luka di pahanya agak dalam dan memerlukan beberapa jahitan. Brodie diarahkan untuk tidak berlari atau berlawan untuk mengelakkan jahitan itu terbuka.

" Tuan nak saya uruskan pasal Hayes? " tanyanya.

Brodie menggelengkan kepalanya. Dia memejamkan matanya sambil bersandar lemah. Dia mengaku dia sangat terkejut dengan apa yang Camelia katakan. Sekarang perasaannya bercampur-aduk dan dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan, dia tidak tahu bagaimana reaksinya apabila berjumpa dengan Hayes kelak.

Dia tidak tahu patut atau tidak dia memberitahu mereka tentang Hayes. Apa yang dia tahu ialah dia perlu mencari Camelia untuk selesaikan salah faham ini.

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now