BAB 65 - The Guy Who Turned Crazy

651 67 10
                                    

ANGEL berjalan di sepanjang koridor istana itu tanpa memikirkan hala tujunya. Dia terbayang semula Hayes yang mencium Camelia di hadapan semua tetamu yang hadir. Biarpun itu hanya lakonan Hayes untuk menyakinkan Camelia, namun pedihnya tetap kuat terasa.

Dia terus keluar dari dewan itu tidak sanggup melihat mereka berdua bersama.

Dia tidak sedar berapa lama dia berjalan di koridor itu. Barangkali melalui koridor yang sama pun dia tidak perasan. Dengan langkah lemah dia berjalan di sepanjang koridor istana itu tanpa mengetahui ke mana arahnya. Dia tahu apa yang dia nampak sebentar tadi tidak sepatutnya mengganggu emosi dan fikirannya. Dia harus teruskan juga rancangan ini. Namun sedikit sebanyak, fikirannya terganggu.

Camelia, the love of my life.

Macam mana kalau itu semua bukan lakonan?Hayes cuba menyakinkan Camelia yang dialah kekasihnya yang sebenar Dia memberitahu kepada semua tetamu yang hadir bahawa Camelia ialah kekasihnya. Macam mana kalau semua itu bukannya lakonan?

Camelia, the love of my life.

Kata-kata Hayes terngiang-ngiang di fikirannya. Angel terpaksa memberhentikan langkahnya. Dia menangggalkan topengnya sebelum mengesat air matanya yang jatuh tanpa dia sedar. Dia menyandarkan badannya di dinding dengan lemah sambil mengesat air matanya. Tidak, tidak. Dia tidak boleh menangis. Dia tidak boleh membenarkan semua itu menganggu fikirannya. Namun jauh di lubuk hatinya...,

Tak, tak! Semua itu tak betul. Semua itu lakonan! Hayes sayangkan aku. Dia cakap dia sayangkan aku! Bukan perempuan tu. Ya, betul. Aku pasti. Dia sayang aku, dia sayang aku. Bukan perempuan tu...kan?

Angel tidak tahu soalan itu ditujukan kepada siapa.

Tiba-tiba dia mendengar bunyi derapan kasut menghampirinya. Dengan segera dia memakai semula topengnya dan cuba bertenang. Dia mula mengatur langkah ke depan, menganggap yang derapan kasut itu milik salah seorang tetamu atau orang Camelia. Dia terus berjalan seperti tiada apa yang berlaku. Dia berharap orang itu ialah budak Camelia supaya senang dia dihalau keluar dari istana itu.

Namun langkahnya terhenti apabila dia bertembung dengan si empunya bunyi derapan kasut itu. Dia memandang lelaki yang turut memandangnya dengan reaksi terkejut. Mungkin lelaki itu tidak menyangka yang dia akan berada di sini. Angel mengalihkan pandangannya apabila lelaki mula melangkah menghampirinya.

" Hi. " ucap lelaki itu.

Angel tidak menjawab. Dia melihat lelaki itu mengukir senyuman manis kepadanya.

" Saya, Hayes. " kata lelaki itu sambil menanggalkan topeng separuh mukanya.

Angel memandang Hayes di depannya tanpa berkelip. Wajah lelaki itu nampak lebih kacak ditambah lagi dengan pancaran cahaya bulan yang masuk melalui tingkap. Kadang-kadang dia tidak percaya lelaki itu ialah suaminya.

" Cik Luna, kan? " soal Hayes perlahan.

Angel mengambil masanya untuk menjawab. Sekarang, dia boleh sahaja menanggalkan topengnya dan memberitahu Hayes yang dia itu ialah isterinya yang sepatutnya dia cium, bukannya Camelia. Tapi fikirannya masih waras.

" Ya. " jawabnya.

Namun, emosinya mengkhianatinya. Sekali lagi dia merasakan matanya mula berkaca. Dia terus menunduk ke bawah dan berura-ura untuk beredar dari situ sebelum langkahnya dihalang oleh Hayes yang tiba-tiba berada dekat dengannya. Dia merasakan Hayes memegang dagunya dan kepalanya didongakkan. Hayes memandangnya dengan pandangan yang risau.

Kill Me, Love Me [OG]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum