BAB 55 - Hold On

625 62 7
                                    

VINCENT mengetuk pintu bilik Angel dengan perlahan sebelum dia membuka pintu. Dia melihat Angel hanya duduk di katilnya sambil memeluk lututnya. Dia termenung jauh sambil kepalanya disandarkan pada dinding.

" An, kitorang pergi dulu. " katanya lembut.

Vincent telah memberitahu Angel yang dia dan Brodie akan pergi ke Itali semula untuk mencari jejak Camelia dan Hayes. Dia terpaksa berdalih agar Angel tidak mengesyaki ketiadaan mereka di rumah.

Melihat Angel tidak menjawab, Vincent melangkah menghampirinya dengan perlahan sebelum dia duduk di birai katil.

" An? "

Angel masih tidak menyahut. Dia hanya termenung kosong dengan pandangan dihalakan ke arah dinding. Vincent merasakan dirinya seolah-olah sedang bercakap dengan mayat hidup. Tiada sahutan atau reaksi diberikan. Vincent mencapai tangan Angel dan digenggam erat.

" Angel, please. " bisiknya sayu.

" Say something. "

Perlahan-lahan dia melihat air mata Angel mula bertakung. Vincent mendekatkan dirinya dengan Angel sebelum dia menarik badan Angel ke dalam dakapannya. Angel menyembamkan kepalanya ke dada Vincent sambil membalas pelukannya. Tangisannya mula kedengaran, bahunya terhinjut-hinjut dan Vincent merasakan bajunya mula basah. Dia hanya mampu membelai rambut Angel dengan lembut mengharapkan agar itu cukup untuk menenangkan Angel walaupun hanya sedikit.

" It hurts, Daniel. " katanya dalam tangisan.

" I know. Just hold on, okay? Aku akan bawa Hayes balik. "

Suara tangisan Angel semakin kuat kedengaran. Vincent mengeratkan lagi dakapannya sambil berbisik kepada Angel yang semuanya akan berakhir dan bertukar menjadi lebih baik.

" Just keep holding on. "

RYAN menyemak semula segala kelengkapan yang mereka perlukan sebelum beg-beg itu dimasukkan ke dalam kereta. Dia membuka salah satu beg berisi senjata api sebelum menganggukkan kepalanya. Dia melangkah ke dalam rumah dan melihat Brodie sedang berbincang dengan Eddy di ruang tamu. Seingatnya, Eddy tidak dibenarkan untuk mengikuti mereka ke California kerana Brodie tidak ingin Eddy membahayakan nyawanya sedangkan dia sendiri ada keluarga untuk dijaga di sini.

Hanya Brodie dan Vincent sahaja yang akan ke California. Anak-anak buahnya juga tidak diberitahu ke mana tujuan sebenar mereka. Risau yang mereka akan beritahu Angel jika mereka mengetahui hal itu.

Walaupun Eddy membantah namun dia terpaksa akur. Ryan menghampiri Brodie sebaik sahaja Eddy beredar ke luar.

" Semua cukup? " soalnya.

Ryan hanya mengangguk. Brodie menilik jam tangannya sebelum memandang semula ke arah Ryan.

" Kau okay? "

" Okay. " jawabnya.

Brodie tahu itu bukan jawapan yang sebenar. Dia tahu Ryan ingin turut serta ke California kerana dia ingin berjumpa dengan Hayes. Dia tahu betapa sukanya Ryan terhadap abang iparnya itu. Brodie mendepakan kedua-dua tangannya memanggil Ryan ke dalam dakapannya.

" Apa ni? Tak macholah. " balas Ryan.

Ketawa kecil Brodie dibuatnya. Ryan turut tersenyum sebelum dia masuk ke dalam dakapan Brodie.

" Take care, okay? " kata Brodie.

Brodie mengusap kepala Ryan sebelum pelukan dileraikan.

" Vincent mana? "

Sebut sahaja namanya, Vincent muncul selepas turun dari tangga. Ryan melihat mata Vincent sedikit merah. Dia tahu apa yang berlaku jadi dia tidak mahu mengatakan apa-apa. Dia menepuk belakang Vincent berkali-kali.

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now