BAB 4 - I Hope I Don't Fall

2.3K 176 11
                                    

1 bulan kemudian.....

ANGEL yang mengenakan seluar leather hitam dan baju t merah berlengan pendek melangkah keluar dari lobi utama banggunan 40 tingkat itu. Syarikat keluarga La Fauci yang merupakan laluan utama duit dan harta mereka masuk. Syarikat financial itu sudah lama ditubuhkan dan diuruskan oleh Brodie Oxstin La Fauci. Selain itu, mereka juga memiliki hotel high class yang diuruskan oleh Angel Myqa La Fauci. Tak ada duit jangan masuk.

Mereka juga memiliki industri penghasilan kereta yang diuruskan oleh Vincent. Rata-rata kereta yang dihasilkan ialah berjenama dan ratusan ribu dollar. Kalau ada industri sendiri maknanya kereta keluarga La Fauci ni pun tak terkira.

Ryan pula urus apa? Tak ada apa. Dia masih belajar. Pfftt... Keluarga La Fauci juga pelabur utama di private university tempat Ryan belajar. Kiranya mereka juga mengaut keuntungan dari situ. Dah cukup pasal ni. Author dah rasa miskin dah ni.

Angel memandu keluar dari kawasan syarikat itu dan menuju ke shopping mall. Dia memakirkan kereta Audinya di tempat letak kereta bawah tanah. Dia melangkah keluar dari kereta. Tak ada manusia kelihatan hanya kereta saja yang banyak.

Sedang dia melangkah, tiba-tiba ada kereta berhenti mengejut di belakangnya. Keluar dua orang bertopeng menerkam ke arahnya. Terkejut beruk dia. Seorang mula mengunci kedua-dua tanggannya di belakang. Lelaki itu menolehkan badan Angel menghadap pintu kereta lalu menolaknya. Dia terdorong ke hadapan dan kepalanya terhantuk kuat pada kereta sebelum badannya ditolehkan semula menghadap seorang lagi lelaki. Lelaki itu tunduk untuk memegang kaki Angel. Namun semasa dia menunduk, Angel terus menendang tepat di muka lelaki itu dengan kuat.

Sakitnya tak terkira. Dia pakai heels kot. Nasib kaki heels tak tercucuk kat mata. Angel menghentakkan kepalanya ke belakang terkena kepala lelaki itu. Angel melompat sedikit lalu sebelah kakinya mendarat di atas kaki lelaki itu dengan kuat.

Lelaki itu sedikit terganggu dan Angel mengambil peluang dengan merentap lengannya lalu berpusing laju dan menyiku kepala lelaki itu dengan kuat. Dia mengeluarkan peppers spray dari begnya lalu dihalakan kepada lelaki itu. Yep....

" Arghhh!!! " Lelaki itu jatuh mengerang kesakitan.

" Apa ni?!! " Lelaki itu merasakan kulit mukanya mula menghakis.

Yeah... Acid spray sebenarnya. Ada ke? Entah. Angel melangkah ke arah lelaki yang ditendangnya tadi. Pengsan. Dia meletakkan heelsnya ke atas leher lelaki itu lalu menekan heelsnya ke atas halkum lelaki itu dengan kuat. Namun...

BANG!!

" Argghhh!!! " Kaki Angel ditembak oleh seseorang menyebabkannya terduduk.

Kepalanya ditunduk ke lantai sambil tangannya memegang kakinya yang mula berdarah. Bodohnya. Dia ingatkan tiada orang lagi di dalam kereta. Dia mendengar bunyi derapan kasut menghampirinya. Dia mendongakkan kepala namun kepalanya terlebih dahulu ditutup dengan beg hitam. Penglihatannya gelap.

ㅇㅇㅇㅇ

ANGEL membuka matanya perlahan-lahan. Matanya memerhati keadaan sekeliling. Dia berada di dalam sebuah rumah usang. Dia mengeluh berat menyedari dia berjaya diculik. Menyesal pula tak bawa pistol dengannya. Dia memerhati ikatan yang diikat pada dirinya sampailah dia terpandang ke arah kakinya yang telah ditembak. Keningnya terangkat sedikit tanda hairan. Kakinya yang luka itu jelas sudah dirawat dan dibalut. Matanya teralih ke arah sebutir peluru bersalut darah di lantai. Maknanya dia dirawat di situ.

Seketika kemudian dia mendengar ada bunyi derapan kasut yang datang ke arahnya. Dia memandang tajam ke arah seorang lelaki yang semakin menghampirinya sehinggalah lelaki itu berdiri betul-betul di hadapannya.

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now