BAB 64 - Keep Your Enemy Close

576 63 17
                                    

HELYA menoleh ke kiri dan kanannya sebelum menoleh ke belakang. Dia menapak ke dapur dan seterusnya ke bahagian bar mini. Kelibat Hayes masih tidak dijumpainya. Dia menuju ke arah ruang tamu dan berdiri tercegat di situ. Dia ingin keluar berjumpa dengan Vincent dan lain-lain tapi sebelum dia keluar, dia mesti memastikan yang Hayes tiada di dalam rumah. Dia risau kalau-kalau Hayes mengekorinya sebab sejak kebelakangan ini, dia sering keluar berjumpa dengan keluarga La Fauci itu. Dia risau Hayes akan mengesyakinya.

Namun pagi ini, kelibat Hayes langsung tidak nampak. Akhirnya Helya memutuskan untuk keluar sahaja. Dia menuju ke arah pintu rumah itu sambil menoleh ke belakang kalau-kalau Hayes muncul di belakangnya. Dia memusingkan tombol pintu itu sebelum dibukanya luas.

" Maaakk! " Helya terkejut beruk sehinggakan dia hampir terduduk apabila melihat Hayes berdiri tercegat di depan pintu rumah.

Helya menepuk-nepuk dadanya sambil menjeling ke arah Hayes.

" Abang ni dah kenapa? Tendang kang. Hishhh. " kata Helya sambil menghentakkan kakinya.

" Nak pergi mana? " soal Hayes.

" Rumah kawan. " dalihnya.

" Kawan mana? "

" kawan Helya hari tu. "

" Buat apa? "

" Hish tak payah taulah. Tepi! " kata Helya sambil menolak badan Hayes yang menyekat jalan keluar.

Hayes tidak berganjak dari tempatnya. Dia menunjal dahi Helya sampaikan gadis itu terundur ke belakang.

" Abang ni pasal?! " marah Helya yang sudah naik geram dengan Hayes.

" Aku ada kerja untuk kau, toyol. "

" Kerja apaaaaaa? " soal Helya meleret.

" Pergi rompak bank. Aku dah pokai ni. " kata Hayes.

" Gila ke apa?! Pergilah rompak sendiri. Aku dah lambat ni. Tepi! " Helya sekali lagi cuba menolak badan abangnya.

" Toyol tak guna. " sekali lagi Hayes menunjal kepala Helya.

Gadis itu menghentak-hentakkan kakinya tanda geram sambil merengek.

" Eeeeeeeeee abangggggg! "

Hayes ketawa sinis sambil bergerak ke sisi membiarkan budak itu keluar.

" Sikit-sikit nangis. Sikit-sikit nangis. "

" Diamlah, babi! " herdik Helya sambil menuju ke keretanya.

Helya mendengar abangnya ketawa mengekek dan itu menambahkan lagi amarahnya. Dia masuk ke dalam kereta lalu menghempas pintu kereta itu tanda geram.

Dia memandu kereta itu keluar dari perkarangan rumah dan menetapkan haluan ke rumah Angel.

Mereka perlu berbincang semula tentang rancangan mereka kerana majlis itu akan berlangsung malam esok.

ㅇㅇㅇㅇㅇ

BRODIE, Angel, Vincent dan Ryan kekal berada di dalam kereta limousine mereka. Mereka memerhati tetamu yang hadir pada malam itu. Banyak kereta diparkirkan di kawasan jeti tersebut dan semuanya mewah-mewah. Mereka melihat tetamu-tetamu mengenakan pakaian yang sememangnya elegan dengan topeng yang menutupi muka mereka.

Tetamu-tetamu tersebut mula menaiki kapal pelayaran yang besar dan mewah untuk menuju ke istana.

Ryan membelek kad jemputannya atau sebenarnya kad jemputan Encik Rowan Anderson yang baru diagihkan oleh Brodie.

" Ingat, simpan kad tu elok-elok kalau nak masuk. Dan benda ni.. " Brodie berhenti dan mengeluarkan sesuatu.

Dia menghulurkan 4 cap jari yang diprint menggunakan 3D printer.

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now