BAB 56 - Missed

725 64 11
                                    

KEESOKAN harinya, Angel berada di bilik senjata milik mereka yang terletak di tingkat bawah tanah rumah tersebut. Dia mengambil beberapa laras senjata api dan diletakkan di atas meja. Ryan menuruni tangga bilik tersebut dengan langkah perlahan sambil memerhati perbuatan kakaknya.

" Akak buat apa? " soalnya.

Angel memandang sekilas ke arah Ryan sambil dia menyimpan beberapa laras senjata ke dalam beg.

" Pack your bag. " katanya.

" Why? "

" Because we are going to California." katanya sambil melemparkan senjata sniper ke arah Ryan yang berjaya disambutnya.

" Wh-what? "

Angel membawa beg tersebut ke tingkat atas diikuti oleh Ryan di belakang.

" Tapi kenapa California? Bukan diorang pergi Itali ke? " soal Ryan kesal.

Seingatnya, hanya dia dan Vincent sahaja yang tahu di mana Hayes berada. Dan dia percaya tiada siapa pun yang memberitahu Angel tentang hal ini.

" Akak. "

Angel meletakkan beg itu di atas meja di ruang tamu sebelum dia naik ke atas menuju ke biliknya. Ryan mengikuti Angel masuk ke biliknya dengan langkah dipercepatkan.

" Akak, diorang pergi Itali, bukan California. Akak lupa ke? "

Angel menoleh ke belakang memandang Ryan. Satu senyuman kecil diberikan kepada Ryan. Ryan yang melihat tiba-tiba merasa lain. Mulutnya mengukir senyuman namun pandangan mata Angel tidak semesra senyumannya.

" Kau tahu tentang ni, kan? " soalnya.

" Tentang apa? "

" Kau tahu tentang apa. " katanya sambil terus merenung mata Ryan.

Ryan menghalakan pandangannya ke tempat lain. Tidak berani nak bertentang mata dengan Angel.

" Tapi, aku betul-betul yakin diorang pergi Itali. Kenapa diorang pergi California? Setahu aku Camelia tu orang Itali, budak-budak dia, dan markas diorang pun kat Itali. Confirm diorang pergi sana kan? Lainlah kalau diorang cari Hayes kat California- err- which is dia tak ada kat sana, so...mustahil.."

Suaranya semakin perlahan apabila Angel perlahan-lahan menghampirinya. Dia cuba sedaya upaya untuk kekal berdiri di tempatnya.

" Ryan.. " panggilnya.

Jari Angel naik dan mengusap pipi Ryan dengan lembut. Dia menarik kepala Ryan ke bawah agar memandang matanya memandang adiknya itu lebih tinggi darinya. Ryan menelan air liurnya yang bagaikan menelan batu. Sungguh dia berasa gementar apabila Angel merenung ke arah matanya. Pandangan itu bukan pandangan tajam, ia lebih kepada pandangan mata yang tenang.

" Diorang pergi mana? " soalnya sambil tangannya masih memegang pipi Ryan.

Ryan membuka mulut untuk menjawab namun ditutupnya semula. Perlahan-lahan Ryan melihat pandangan mata Angel berubah tajam.

" Lie to me, I dare you. "

Ryan cuba memberanikan diri untuk membalas pandangan mata Angel namun akhirnya dia memandang ke bawah. Dia risau yang Brodie akan menyalahinya kerana memberitahu Angel tentang perkara sebenar namun pada masa yang sama dia rasa bersalah kerana berbohong kepada Angel.

" Diorang cuma nak lindungi akak. " dia akhirnya menjawab.

" I don't need protection. "

" Akak."

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now