BAB 36 - Side Love

1K 110 2
                                    

KERETA Bugatti Chiron itu berhenti di hadapan sebuah cafe. Luke yang duduk di tempat penumpang keluar untuk masuk dahulu ke dalam cafe tersebut. Ryan menanti di dalam kereta sambil membalas mesej kakaknya.

Tidak sampai beberapa saat, Luke keluar dari cafe semula lalu masuk ke dalam kereta.

" Macam biasa. Penuh. " katanya sambil menghela nafas.

" Kita perlu cari tempat lepak lainlah, Luke. "balas Ryan.

" Huh! Sejak tempat ni jadi famous makin lama makin banyak orang datang. Dulu senang je kita lepak sini habiskan masa. "rungut Luke.

Sebelum ini, cafe tersebut hanyalah dipandang sebelah mata. Namun sejak cafe itu menjadi pilihan seorang artis terkenal untuk menyambut hari lahirnya, terus cafe itu mendapat perhatian ramai dari pelanggan. Tempat yang selama ini menjadi tempat Ryan dan Luke menghabiskan masa dengan hanya makan dan minum sampailah petang. Duduk dengan tenang tanpa adanya kesesakkan dalam cafe tersebut.

Lepak dengan kereta atau motor di tepi jalan? Pergi bar atau kelab malam? Benda itu tidak pernah terlintas di dalam fikiran mereka. Selalunya mereka berdua akan datang ke sini selepas tamat kelas sampailah petang.

"So? Nak pergi mana?" tanya Ryan.

"Aku dengar ada satu cafe ni baru buka dua minggu lepas kot. Pergi sana nak? "tanya Luke.

"Cafe mana? "

"Jap. Aku tanya kawan aku dulu." kata Luke sambil menaip sesuatu di telefonnya.

Ryan memandu keluar dari kawasan itu sementara menunggu Luke.

"Hah! "jerkah Luke tiba-tiba.

"Shit!" Ryan yang sedang memusingkan stereng untuk membelok terkejut beruk.

"Hoi! Ni kereta abang ipar aku. Kalau terlanggar pokok kat selekoh tu macam mana? " marah Ryan sambil mengerling ke arah Luke yang dah tersengih-sengih.

"Kau ada kereta sendiri habis tu pakai kereta orang kenapa? "tanya Luke hairan.

"Diam. Mana tempatnya?" Ryan menukar topik.

"Harveling's Street. After Class Cafe. "balas Luke sambil membaca mesej kawannya.

Ryan terus memandu ke arah kawasan tersebut.

"After Class Cafe? Lain nama dia." kata Ryan.

"Entah. Mungkin tempat ni untuk pelajar kot. Nama pun After Class. "

Ryan tidak hiraukan perkara remeh itu. Dia fokus memandu Bugatti Chiron itu dengan berhati-hati sebab dia tak nak Hayes datang kepadanya lalu menyoalnya tentang keadaan baby Bugattinya seperti yang terjadi sebelum ni. Dan nasiblah kereta Bugatti Veyron itu hanya meletup kedua-dua tayar belakang.

Perjalanan ke cafe itu mengambil masa 20 minit. Agak lama bagi mereka. Kereta itu diparkirkan di hadapan cafe itu yang agak kurang pelanggan. Bukan kurang. Takde rasanya.

Mereka berdua keluar dari kereta lalu masuk ke dalam cafe tersebut. Yep, hanya ada tiga pelanggan di dalam cafe itu. Mereka berdua duduk di sebelah tingkap sambil mata memerhati hiasan dalaman cafe itu. Warna pastel kebanyakkannya digunakan. Hiasan dalamannya bertemakan tahun 80-an yang menyebabkan suasana di situ betul-betul seperti pada tahun 80-an.

"Selesa juga eh tempat ni." kata Luke menunjukkan dia puas hati.

Beberapa saat kemudian, datang seorang pelayan perempuan yang sedang memandang ke bawah kerana tengah membetulkan pakaiannya. Dia segera mengeluarkan tablet untuk mengambil pesanan.

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now