BAB 43 - Regrets

988 84 1
                                    

KAKINYA melangkah laju ke dalam rumah. Dia menanggalkan kotnya lalu dilempaikan di sofa. Rambut palsunya ditanggalkan menayangka rambut hitamnya yang ikal mayang dan panjang hingga paras dada. Dia menuju ke dapur sebelum peti sejuk dibuka. Dia mendengar suatu derapan kaki sedang menghampirinya namun dia tahu itu siapa.

" Camelia. " suatu suara memanggilnya.

Camelia menoleh ke belakang sambil meneguk air sejuk. Dia melihat seorang anak buahnya merangkap kawannya berdiri di muka pintu.

" Apa? "

" Kau pergi mana tadi? " tanya kawannya itu sambil membetulkan cermin matanya.

" Kenapa? "

" Takde pape."

Mereka berdua menuju ke ruang tamu dan melabuhkan punggung di sofa.

" Theresa." panggil Camelia.

" Apa? "

" Kita perlu balik ke Itali semula. " katanya.

Theresa mengerutkan dahinya tanda keliru.

" Aku dapat tahu yang adik-beradik Brodie ada kat Itali. Lepas kita uruskan Brodie kat sini, kita akan uruskan adik-beradik dia pula. " terang Camelia.

Camelia memandang Theresa apabila gadis itu tiba-tiba senyap. Selama ni banyak saja soalan yang dilontarkannya.

" Um.. Camelia. Kau pasti ke? " tanya Theresa.

" Pasti apa? "

" Yang diorang bunuh ayah kau. " sambung Theresa sambil teragak-agak.

Camelia mengeluh berat lalu menyilangkan tangan di dadanya.

" Berapa kali kau nak bincang hal ni? Hah? Berapa kali aku kena jawab benda yang sama? " tanya Camelia geram.

" Tak boleh ke kau jumpa Brodie lepas tu tanya dia? Daripada kau bertindak melulu macam ni- "

" Ouh lepas tu biar dia tembak aku, macam tu? "

" Aku cuma- "

" Kau kenapa? Berubah hati macam si Hayes tu? " suara Camelia sudah sedikit naik.

" Kalau Hayes tu cuba halang aku, dengan dia sekali aku bunuh. " tambahnya. Masih tidak puas hati dengan panggilan yang dibuat oleh Hayes tempoh hari.

Theresa menanggalkan cermin matanya lalu mengurut pelipisnya. Dia tidak endahkan renungan tajam daripada Camelia.

" Cam- "

" Kalau kau tak nak terlibat dalam benda ni, kau blah. Aku tetap dengan dendam aku. Cascasse il mondo. " (No matter what.) Camelia bangun lalu pergi meninggalkan Theresa.

Theresa hanya mampu mengeluh lalu menyandarkan badannya di sofa. Kepalanya didongakkan memandang siling. Banyak persoalan dan kemungkinan yang bermain di fikirannya.

Betul ke apa yang kau buat ni?

ㅇㅇㅇㅇㅇ

HAYES berjalan di sepanjang laluan kawasan ladang anggur itu. Dia menoleh ke belakang memastikan tiada siapa pun yang mengekorinya. Selepas memastikan dirinya berada jauh dari rumah itu, dia mengeluarkan telefonnya lalu membuat panggilan.

" Ehilà, Hayes! Come va? " ( Hey, Hayes! How's it going? )  Suara Camelia kedengaran di hujung talian.

“ Camelia. ”

"Che si dice? " (what's up?)

" Kau kat mana sekarang? "

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now