BAB 63 - Our Love Story

766 67 6
                                    

" MR. Declan Zayd and Mrs. Abril Zayd. " kata Helya selepas dia membaca nama tetamu yang tertera di dalam laptopnya selepas cip itu diimbasnya.

" Hmm.. Mrs? Nampaknya diorang tu suami isteri. " kata Ryan.

" Siapa nak menyamar sebagai suami isteri? " soal Brodie.

Tiba-tiba semua mata memandang ke arahnya dan ke arah Theresa bersilih ganti. Faham akan erti pandangan itu, terus terbeliak mata Brodie.

" Fine. Let's get this over with. " kata Brodie.

Theresa mengalihkan pandangan ke arah Angel dan melihat Angel sedang merenungnya dengan tajam. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Ryan sambil cuba bereaksi tenang.

" Okay. Tu dah settle. Next. " kata Ryan.

Helya berdeham sebelum dia membaca nama tetamu yang seterusnya. Dia sempat menangkap Vincent memandang ke arahnya.

" Ms. Luna Houston. "

" Angel? " soal Brodie.

Angel mengangguk setuju untuk menyamar sebagai Luna Houston. Dia tidak peduli siapa asalkan perkara ini cepat selesai.

" Mr. Rowan Anderson. "

" Me. " kata Ryan sambil mengangkat tangannya.

" Yang terakhir, Mr. Poo. " kata Helya.

" Hm? Mr. Poo? " soal Vincent.

" Singkatan untuk Polotico. " balas Helya.

" Hehehe. Hai, Mr.Poo. " usik Ryan.

Vincent menjeling ke arah Ryan. Semenjak dua menjak ini, Ryan sangat menjengkelkan baginya. Ingin sahaja dia meluku kepala budak tu.

" Hal ni dah selesai. Sekarang cuma nak tukar imej korang supaya serupa sikit dengan gambar diorang kat dalam cip ni. Tapi jangan risau. Aku tengok gambar ni dengan korang tak ada beza pun. " kata Helya.

" Apa? " soal Ryan sambil meletakkan tangan ke dadanya dengan dramatik.

" In a good way, I mean. " jelas Helya.

Mereka semua bersurai dan memutuskan untuk menamatkan perbincangan pada malam itu. Majlis itu akan diadakan dalam masa dua minggu lagi. Menurut Helya, persiapan majlis itu hampir siap sepenuhnya dan hiasannya memang mewah dan memiliki unsur-unsur France.

Helya sempat menyelinap masuk ke dalam bilik Hayes dan mencuri maklumat sekuriti yang terdapat di dalam laptop Hayes. Selepas ini, dia ingin mencuri maklumat dari Hayes untuk mengetahui siapa budak-budak Camelia yang akan menjaga pintu masuk untuk memudahkan lagi urusan.

Helya perlahan-lahan membuka pintu depan rumahnya dan segera masuk ke dalam sebelum menutup pintu itu semula. Dia melangkah dengan perlahan di dalam keadaan yang gelap itu sambil tangannya meraba-raba di dalam gelap. Tiba-tiba dia terlanggar dinding menyebabkan dia terdorong ke belakang.

" Aduhh. " dia mengaduh sambil mengusap dahinya.

Tiba-tiba cahaya lampu suluh dihalakan tepat ke arah matanya.

" Hoi! " jeritnya kerana terkejut.

" Pergi mana malam-malam ni? "

Suara Hayes kedengaran berada dekat di hadapannya. Dia mengecilkan matanya dan melihat Hayes berdiri di hadapannya sambil menyuluhkan lampu suluh itu ke arah lain.

" Yang berlampu suluh bagai ni dah kenapa? " soal Helya.

" Tadi ada short circuit. " jawab Hayes.

Kill Me, Love Me [OG]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin