BAB 67 - Hall Of Fire

937 63 10
                                    

BRODIE menarik zip dress Bridgett dan menolongnya membetulkan pakaiannya. Selepas itu dia mengambil kemeja putihnya lalu disarungkan ke badannya. Bridgett sempat mencuri peluang untuk menikmati pemandangan di depannya.

Brodie sedar akan pandangan Bridgett jadi dia mengambil masa untuk membutang bajunya. Selepas ini dia perlu fokus semula dengan rancangannya. Tadi, fokusnya sudah lari jauh.

Selesai membutangkan bajunya, Bridgett menghampiri Brodie dan menolongnya memakai bow tie.

" Thank you for tonight. " ucap Brodie.

Bridgett tersenyum dan mengangguk. Dia tidak menyangka malam yang penuh bosan ini akan menjadi seperti ini.

" No feelings. No strings attached. Alright? "

Brodie sudah mengingatkan yang hal ini hanya satu malam saja. One night stand. Dia tidak ingin apa-apa perasaan datang menyelit sama ada dia atau pihak lain.

Bridgett menghulurkan baju kot milik Brodie sebelum telefon Brodie berdering. Dia mencapai telefonnya yang berada di atas meja. Nama Vincent tertera di skirn.

" Apa? " soal Brodie terus.

" Kau kat mana? "

" Kenapa? "

" Lampu kat dewan tiba-tiba terpadam. "

Brodie memandang bilik tempat dia berada sekarang. Cerah saja diterangi lampu bilik. Maknanya hanya lampu dewan sahaja yang dipadam.

" Camelia tengah cari Hayes sekarang ni. Semua orang kat dewan tak boleh keluar. Aku tengok budak-budak dia dah masuk dalam dewan." terang Vincent.

Brodie dapat mendengar suara panik di seberang talian. Dia juga dapat mendengar suara Camelia memekik mencari Hayes.

" Aku akan fikirkan sesuatu. " kata Brodie.

Panggilan dimatikan lalu Brodie memandang ke arah Bridgett yang memandangnya dengan riak tertanya-tanya.

" Bri. " panggil Brodie.

" Hm? "

" Saya nak awak keluar dari istana ni. Kat luar ada satu bot untuk balik ke seberang. " kata Brodie.

" Kenapa? Apa yang jadi? "

" Keluar. Selamatkan diri awak. " kata Brodie sambil menyarungkan kotnya sebelum dia memakai topengnya.

Brodie membuka pintu lalu memberitahu Bridgett untuk datang menghampirinya. Bridgett menghampiri Brodie lalu jarinya digenggam oleh lelaki itu.

" Jom. "

Mereka berdua berjalan dengan cepat di sepanjang koridor itu. Langkah mereka terhenti apabila mendengar bunyi derapan kasut menuju ke arah mereka. Brodie mengarahkan Bridgett untuk masuk ke dalam bilik di sebelah mereka.

Bridgett terus masuk ke dalam. Dia mendengar suara orang mengerang kesakitan dan dalam masa sekejap saja, Brodie melangkah ke dalam sambil memapah lelaki yang menghampiri mereka tadi. Dia melihat lelaki itu tidak sedarkan diri.

Brodie membiarkan lelaki itu jatuh ke lantai sebelum dia mengambil pistol yang ada pada lelaki itu.

Mereka berdua keluar dari bilik itu dan mencari jalan keluar. Bridgett hanya mengekori lelaki itu yang kelihatan seperti sudah tahu selok-belok istana itu.

Mereka akhirnya sampai di penghujung koridor. Di dinding koridor itu terdapat satu lukisan besar yang digantung. Dari situ, Brodie tahu mereka sudah berada di penghujung sayap kiri istana. Brodie melarikan lukisan itu ke sisi. Dinding koridor itu diketuk di bahagian bawah dan menghasilkan satu bunyi.

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now