BAB 28 - On The Road

1.1K 89 2
                                    

SEMINGGU berlalu sejak Angel tinggal di rumah Hayes. Seminggu tu juga dia dengan Helya berlawan mata. Membunuh satu sama lain dengan mata. Helya selalu keluar dari situ dan balik malam. Dia malas nak berdepan dengan Angel yang mana membuat Angel gembira. Dia dapat berjalan di dalam rumah tanpa perlu hiraukan apa-apa. Hayes juga jarang bercakap dengannya. Dia sendiri jarang membuka mulut untuk bercakap dengan Hayes. Dia rasa macam bisu. Hayes selalu pergi kerja dan balik petang. Jadi tinggal Angel saja di dalam rumah.

Bosan. Sungguh bosan. Jadi hari ni dia memutuskan untuk keluar daripada rumah dan pergi ke hotel. Lebih baik dia uruskan kerjanya daripada terperap dalan rumah itu. Rumah yang langsung tak ada jiwa. Tak rasa hangat. Macam bukan rumah.

Angel memandu kereta Aston Martin hitamnya di jalan raya. Agak kurang kereta berbanding hari lain. Mungkin sebab hari Ahad. Dia memandu dengan tenang sambil fikiranya terbang memikirkan adik-beradiknya. Seminggu tak berjumpa dia mula rasa rindu. Seminggu dia tak dengar ayat Vincent yang membuatnya meluat. Seminggu dia tak layan perangai Ryan. Seminggu dia tak hadap muka tak ada perasaan Brodie. Sungguh dia rindu rumahnya. Rindu rumahnya yang penuh gelak ketawa walaupun besar tapi tetap dapat dengar suara nyaring Vincent dan Ryan. Di rumah Hayes? Dingin. Itu je.

PRAKKK!!

Sebuah kereta yang keluar secara tiba-tiba dari simpang melanggar kereta Angel di sisi. Kuat sehingga menyebabkan Angel terhantuk kepalanya pada cermin kereta. Angel menoleh ke arah kanannya di mana kereta Jeep berada di sisi. Angel ingin melangkah keluar namun sekali lagi

BAMMM!!

Kereta Angel dilanggar kuat dari belakang oleh sebuah lagi kereta Jeep. Tak cukup dengan itu, satu lagi kereta Jeep berhenti di sebelah kirinya. Tempatnya memandu. Satu lagi di depan keretanya. Menghalang keretanya dari terlepas. Sekarang dia terperangkap.

Angel menggenggam stereng keretanya. Nafas mula turun naik. Luka di kepala tak terasa sakit lagi. Seorang lelaki keluar dari kereta Jeep di sebelah kiri dan mengetuk cermin kereta Angel.

Satu ketukan dan

BAM!! BAM!!

Lelaki itu mengeluarkan crowbar atau tuil besi dan memukul cermin kereta Angel. Angel menoleh ke kanan apabila seorang lagi cuba memecahkan cermin keretanya.

" Shit. "

Angel sedar dia tak mampu lawan seorang diri dan cepat mengambil telefonnya.

BANG!!

Angel tertunduk apabila das peluru itu ditembak dari arah depan. Di memandang kedepan di mana seorang lelaki mengacu pistol ke arahnya. Seakan melarangnya untuk menyentuh telefon itu.

Cermin kereta Angel mula retak dan pecah. Terus lelaki itu mengacu pistol ke arah Angel dan membuka pintu kereta. Dia menarik kasar lengan Angel dan memaksanya keluar. Angel keluar dari kereta dan melihat ada enam orang lelaki mengacu pistol ke arahnya.

Angel ditolak ke depan menyuruhnya masuk ke dalam kereta mereka. Angel melangkah ke depan dengan pistol diletakkan di belakang kepalanya.

Lelaki itu menolak Angel kasar hingga sampai di kereta Jeep di depannya. Lelaki itu membuka pintu dan menolak badan Angel masuk namun Angel mengeraskan badannya.

" Masuk. "

" Tak nak. " jawabnya selamba.

" Masuk! "tolaknya lebih kuat.

" Aku cakap- "

VROMMM!!

Mereka semua memandang ke arah satu kereta Bugatti Divo.

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now