BAB 10 - Brodie's Secret

1.5K 128 0
                                    

EMPAT hari sudah berlalu semenjak kejadian serangan itu berlaku. Empat hari juga Hayes tidak muncul atau call Angel. Mereka sudah pun memberitahu Vincent tentang hal itu dan dia memang sangat terkejut. Lebih-lebih lagi bila dia melihat kereta Angel yang dah berlubang disebabkan oleh tembakan.

Dan dia lebih terkejut apabila diberitahu bahawa Hayes yang menyelamatkan mereka. Dan kejadian itu dirahsiakan daripada pengetahuan Brodie. Biarlah dia pun ada banyak hal nak urus.

Brodie yang berada di pejabatnya tekun menilik fail yang bertimbun di atas meja. Pejabat dalam rumah giteww.

Tok tok tok

Ketukan terdengar daripada luar pintu yang tinggi itu.

" Masuk. "

Eddy, salah seorang anak buahnya menolak pintu yang besar itu dan melangkah masuk dengan sampul surat di tangan. Dia meletakkan sampul surat itu di atas meja.

" Another one? "

" Ya tuan. Tapi ni beberapa hari yang lepas. "

Brodie menganggukkan kepala sebelum mengarahkan Eddy untuk pergi. Setelah Eddy hilang dari pandangan, dia duduk tegak dari bersandar dan mengurut belakang tengkuknya yang terasa penat. Seharian dia menunduk memandang fail di meja.

Dia mencapai sampul surat di depannya dan dibuka. Isinya dikeluarkan dan terdapat lima keping gambar yang ditangkap dari jarak jauh namun masih jelas kelihatan.

Matanya memandang satu per satu gambar dengan teliti. Senyuman terukir di sudut mulutnya. Dia bersandar semula sambil menghembuskan nafasnya. Satu keping gambar yang mana gerangan di dalam gambar itu jelas kelihatan dipegang dan diperhatikannya.

Dia mengumpul semua gambar dan laci di sebelahnya ditarik. Semua gambar itu diletakkan ke dalam laci bersama dengan gambar-gambar yang lain. Ditutupnya dan terus laci itu dikunci. Dia kembali semula kepada kerjanya namun fikirannya terganggu sekali lagi.

Pintu besar itu ditolak kasar daripada luar sehingga terbuka luas. Brodie tidak perlu memandang siapa orang itu sebab dia tahu hanya seorang saja yang berani menerjah masuk ke pejabat dan biliknya tanpa mengetuk.

" Abanggggg! "

Brodie mengeluh perlahan sebelum mendongak memandang adik kesayangannya itu.

" Apa- "

" Tengok ni. "

Angel memeluk erat anjing jenis husky itu. Ditayangkannya ke arah Brodie.

" Kenapa dengan Voxsper? "

Anjing jenis husky itu, atau pun diberi nama Voxsper dihadiahkan kepadanya dua tahun yang lalu sempena hari lahirnya. Berumur 2 tahun lebih.

" Dia dah koyakkan dokumen penting atas meja Annnnnnnn... " rungutnya meleret sambil menurunkan Voxsper ke lantai.

" Dah tu? "

Angel mengukir senyuman lebar penuh bermakna.

" No way. Buat sendiri. " Brodie seperti tahu maksud senyuman itu.

" Malaslah. Buatkan balik dokumen tu eh. "

" Tak nampak ke kerja aku bertim- "

" Alahh tambah sikit je. "

" No. "

" Alahh please... "

" No. Get. Out. " suaranya ditegaskan.

" Fine. " Dia keluar daripada pejabat Brodie dan biarkan pintu terbuka.

Woof!

Voxsper sedang berlari di dalam pejabat itu mengejar bola mainannya. Brodie mengeluh dan kembali menunduk memandang failnya. Tiba-tiba tiga fail dihempaskan ke atas meja di hadapannya.

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now