BAB 40 - Wrong Date

923 86 13
                                    

BRODIE melangkah ke dalam rumah agamnya sebelum menutup pintu. Bunyi pintu yang ditutup itu bergema di dalam rumah yang sunyi dan besar itu. Dengan langkah lemah dia menuju ke dapur sambil membuka dua butang baju kemejanya. Sampai di dapur langkahnya terhenti apabila melihat seorang maidnya berada di situ. Dia menilik jam tangannya yang menunjukkan pukul 10 malam. Sepatutnya semua orang gaji dan pekerjanya sudah pulang sebelum pukul 6 petang.

Gadis itu menoleh ke belakang sebelum mengukir senyuman untuk Brodie.

" Welcome home, sir. " ucapnya.

" Get out. " arah Brodie.

" But sir, " gadis itu mendekati Brodie lalu jari-jemarinya bermain-main di dada Brodie.

" I'm here to help you. " Gadis itu membuka butang baju Brodie.

Tangan gadis itu mula menyentuh dada Brodie yang terdedah sebelum perlahan-lahan turun ke abdomennya.

Brodie sudah naik menyampah lalu menepis tangan gadis itu sebelum dia memegang pergelangan tangan gadis itu. Dia menarik gadis itu sehingga ke pintu utama sebelum gadis itu ditolaknya keluar.

" Sir- "

" You're fired. " katanya lalu menutup pintu.

Dia terus menuju ke bilik tidurnya sebelum menanggalkan bajunya. Dia merebahkan tubuhnya ke atas katil bersama satu keluhan.

Dia memejamkan matanya untuk seketika namun akhirnya terlelap.

BRODIE terbangun apabila merasakan wajahnya basah. Dia melihat Eddy berdiri di sisi katilnya dengan semangkuk air di tangan.

Eddy berdiri di sisi katilnya sambil menilik jam tangannya.

" Tuan, dah tengah hari ni. "

Brodie mengiring ke kiri. Eddy turut berdiri di kiri katil.

" Tuan, dah pukul 12 ni. Pagi ni tuan dah lepas meeting dan appointments dengan beberapa wakil syarikat. " terang Eddy.

Dengan malas, Brodie bangun dari pembaringannya. Rambutnya yang hitam itu jatuh ke dahi.

" Pukul 2 nanti tuan ada appointment dengan wakil syarikat Lopt. Cop. "

Brodie menoleh ke arah tingkap bilik yang terbuka di mana angin bertiup masuk ke dalam bilik. Dalam keadaan mamai dia berdiri lalu menuju ke tingkap. Brodie merasakan angin meniup rambut dan badannya yang tidak berbaju. Dia merenung jauh ke depan untuk seketika. Eddy teragak-agak untuk mendekati Brodie namun tetap memberanikan dirinya berdiri tidak hampir di belakang Brodie.

" Eddy. " panggilnya. Suaranya masih serak.

" Ya, tuan? "

Brodie tidak menyahut. Eddy memerhati Brodie yang seperti sedang berfikir. Brodie memerhati laman hadapan rumahnya yang terdapat tiga kereta anak buahnya. Mereka mungkin berada di luar kawasan rumah untuk melakukan peninjauan seperti biasa.

" Tuan? "

Brodie menegakkan badannya lalu berpaling ke arah Eddy.

" Kau ingat nama cafe yang Ryan bagitau aku hari tu? " tanya Brodie secara tiba-tiba.

" Cafe? " dahi Eddy mula berkerut.

" Hm. Cafe tempat Ryan dan Luke lepak. "

" Ouh. "

Eddy memerhati wajah Brodie sejenak. Mungkin memikirkan kenapa Brodie tiba-tiba menanyakannya soalan itu.

" After Class Cafe, tuan. "

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now