BAB 59 - Fun Fair

718 65 11
                                    

VINCENT melangkah masuk ke dalam café sambil matanya mencari kelibat Brodie. Dia akhirnya melangkah ke arah sudut café itu di mana dia melihat Brodie sedang berbual dengan seorang perempuan. Menyedari kehadiran Vincent, perempuan itu berdiri saat Vincent menghampiri meja mereka.

" Sampai pun. Lambat. " kata Brodie.

Vincent hanya memberi pandanganke arah Brodie dari sudut matanya sebelum dia duduk bertentangan dengan perempuan itu.

" Kenalkan. Theresa, Vincent. Vincent, Theresa. " ujarnya ringkas.

Theresa menghulurkan tangan untuk berjabat dengan senyuman manis diberikan. Vincent hanya memandang tangan Theresa dengan pandangan tidak berminat. Namun Brodie meminjak kaki Vincent di bawah meja menyuruhnya berjabat tangan dengan Theresa.

Dalam keadaan menahan sakit, Vincent berjabat tangan dengan Theresa sambil memberi senyuman kelat.

" You're handsome. " puji Theresa.

" Thank you but I'm not available. " balas Vincent.

" Huh? " balas Theresa kehairanan.

Brodie mengeluh melihat Vincent yang terlebih straightforward.

" Well, Vin sekarang kau dah jumpa dengan Theresa. Dia yang selamatkan aku dengan Luke bila kitorang terapung-apung kat laut macam jerung mati. Dia juga banyak tolong aku tentang hal berkaitan dengan Camelia. " terang Brodie.

" Yeah, me. " kata Theresa sambil tersenyum bangga dengan diri sendiri.

" Dan dia juga akan tolong kita dalam masalah ni selain daripada Helya. By the way, aku suruh bawa Helya sekali supaya dia kenal Theresa. Yang kau tak bawa dia asal? " soal Brodie.

" Err.. " badan Vincent terus menjadi kaku.

Sudah dua hari dia tidak berjumpa dengan Helya sejak kejadian hari itu. Dia sendiri tidak menyangka yang dia akan tindak sedemikian. Apa yang dia tahu ialah dia menempiaskan amarah dan rasa tidak puas hatinya disebabkan anak buah Helya yang memukul kepala Angel dan Ryan. Mungkin dia masih belum bertenang sepenuhnya yang menyebabkan dia melakukan perkara tersebut. Dengan lidah yang kelu, dia cuba menjawab soalan Brodie.

" Dia.. dia.. sibuk. Dia cakap dia sibuk. " jawabnya.

Vincent tiba-tiba terbayangkan semula saat-saat dia mengucup Helya. Bibir Helya lebih lembut berbanding dengan yang dia sangka. Dia tidak menyangka yang Helya akan membalas kucupan itu dan dia sedar yang Helya menarik bajunya supaya badan mereka berdua lebih dekat.

" Vin? " panggil Brodie.

" Hah? " jawabnya terpinga-pinga.

" Muka kau merah. "

" What-"

Vincent terus meraba-raba mukanya sebelum dia memandang Theresa meminta kepastian. Melihat Theresa menganggukkan kepalanya, Vincent mengeluarkan telefonnya dan membuka kamera depan untuk melihat muka sendiri.

" Awak blushing ke? " soal Theresa.

" Aihh. Baru sebut nama Helya je dah blushing teroks. Ada terjadi apa-apa ke?" usik Brodie.

" Aku demanlah. " balasnya cuba menafikan.

" Deman rindu. " kata Brodie dengan senyuman mengusik.

" Dahlah aku balik dulu. " kata Vincent sebelum dia berdiri mendadak.

Dia memegang kedua-dua pipinya yang merah dan rasa berbahang sambi mengorak langkah keluar dari café itu meninggalkan Brodie dan Theresa yang tercenggang-cenggang melihatnya.

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now