BAB 52 - Before The Disaster

735 70 4
                                    

ANGEL terbangun dari tidurnya lantas dia melihat jam di telefon yang menunjukkan pukul 1 pagi. Dia meraba tempat di sebelahnya dan merasakan tempat itu kosong.

" Hay? " panggilnya.

Angel mula keluar dari katil dan melangkah ke arah pintu yang sedikit terbuka. Dengan langkah mamai dia turun ke tingkat bawah. Sampai di ruang tamu dia dapat mendengar suara Hayes yang datang dari arah dapur.

" Hay? " panggilnya sekali lagi.

Dia melangkah ke dapur dan melihat Hayes sedang duduk di kerusi sambil tangannya menongkat dahi.

" Hayes? "

Kepala Hayes terus mendongak memandang Angel di pintu dapur. Angel menghampiri Hayes dengan mata separuh terbuka.

" Sayang? Kenapa ni? " soal Hayes sambil menarik badan Angel duduk di pahanya.

" Terjaga. " jawabnya sambil melentokkan kepalanya di bahu Hayes.

" Awak tak ada kat sisi. " tambahnya.

Hayes tersenyum mendengar Angel.

" Haus sebab tu turun bawah. " kata Hayes.

" Jom tidur. "

Hayes berdiri selepas Angel bangun dari pahanya. Hayes menuju ke arah peti sejuk membelakangi Angel.

" Sayang nak air? " soal Hayes sambil membuka peti sejuk.

" Tak. " kata Angel sambil menggelengkan kepalanya.

Tiba-tiba dia melihat telefon Hayes yang berada di meja bercahaya menandakan ada mesej masuk. Dia mengerling sekilas ke arah nama yang tertera di skrin telefon Hayes.

Camelia - chi se ne frega?

Kening Angel naik sedikit namun dia tidak ambil peduli. Hayes kembali semula dan mencapai telefonnya sebelum diletakkan di poket seluar. Tiba-tiba Angel merasakan badannya berada di udara. Matanya terbeliak melihat Hayes yang mengangkat badannya.

" Sayang ni bahayalah, jalan tengah mamai macam ni. Jatuh naik tangga macam mana? " rungutnya.

Angel tidak menjawab. Dia menyembamkan mukanya ke leher Hayes sebelum mengucup dan menggigit leher Hayes. Hayes hanya membiarkan.

ㅇㅇㅇㅇㅇ

ANGEL masuk ke dalam bilik lalu terdengar bunyi air datang dari arah bilik mandi. Dia mengetuk pintu bilik mandi dan mendengar Hayes menyahut dari dalam.

Dia menuju ke arah katil untuk mencari getah rambutnya. Dia mengangkat bantal dan terjumpa telefon Hayes yang skrinnya masih hidup. Nama Camelia terpapar di skrin dengan 2 panggilan tidak dijawab dan 5 mesej.

Angel memandang telefon itu dengan perasaan tidak sedap hati. Satu lagi mesej masuk dan Angel membaca mesej tersebut melalui notifikasi.

I want to meet you.

Berkerut dahi Angel membaca mesej itu. Pelbagai persoalan bermain di mindanya. Dia mencapai telefon Hayes dan ingin membuka telefon itu namun memerlukan kata laluan.

Angel menjeling ke arah pintu bilik mandi. Dia ingin meletakkan telefon itu semula namun satu panggilan masuk. Tidak berdering, hanya bergetar. Nama Camelia sekali lagi di skrin telefon. Dia menuju ke arah balkoni bilik sambil memerhati pintu bilik mandi.

Dia menyahut panggilan lalu diletakkan di telinganya. Suara wanita menerjah telinganya.

" Finally, Hayes, darling. Took you long enough. "

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now