BAB 66 - Lust And Love

928 64 4
                                    

-AN-

( 18+ )

Macam yang kat tajuk tu.

Bab ni ada mature contents. Dia tak adalah detail sangat or 18 sangat. Dia ringan je tapi still saya bagi warning. Bye.

Ps: kawan2 aku, yang kenal aku, mohon jangan baca. Kalau nak, baca je takyah bagitau aku. ◉‿◉

______________________________________

ANGEL dari tadi mencari kelibat Hayes. Dia menghampiri Helya dan Vincent yang berdiri di tepi.

" Ada nampak abang kau? " soal Angel sebaik sahaja dia berdiri di sebelah Helya.

" Tadi ada tapi sekarang, entah mana dia pergi. " jawab Helya yang melilau ke setiap arah.

" Hayes tu okay ke? " soal Angel tiba-tiba.

" Kenapa? "

" Lain macam je dia malam ni. " jawab Angel.

Angel perasan yang malam ni Hayes berkelakuan agak pelik. Tidak pernah dia melihat perangai Hayes seperti itu. Gila.

" Entah. Sejak dua tiga hari ni aku pun perasan dia macam pelik sikit. " balas Helya.

Manja, Anje. Ewwww. Berdiri semua bulu roma Angel mendengarnya. Dia lebih rela warnakan rambutnya hijau dari dengar nama macam tu. Helya sudah pun menceritakan kepada mereka yang lain tentang lelaki yang bersama dengan Camelia itu bukanlah Hayes. Takut kang silap-silap hari bulan, lebam biji mata Hayes.

Tiba-tiba tetamu di situ bertepuk tangan dan bersorak. Angel melihat ke arah bahagian tengah dewan di mana Camelia dan Kyle, lelaki yang diberitahu Helya tadi sedang menari di tengah dewan. Menjadi perhatian semua orang.

" Ceh. " Helya mencebik.

" Ingat tererlah tu. " kata Helya.

Vincent tersenyum melihat muka Helya yang luak melihat Camelia.

Angel tidak mempedulikan mereka berdua. Yang dia tahu ialah lelaki itu bukan Hayes jadi itu sudah cukup buat dia tenang.

Pasangan-pasangan yang lain mula bergerak ke tengah dewan untuk menari sekali. Hanya sikit sahaja yang tinggal berdiri di tepi.

" Korang tak pergi? " soal Angel.

Vincent menoleh ke arah Helya yang menyilangkan tangannya ke dada sebelum dia menoleh semula ke arah Angel.

" Dia tak nak kot. " kata Vincent perlahan.

" Ajaklah. "

Vincent menarik nafasnya lalu berpaling menghadap Helya.

" Lya, would- "

" Yes. " potong Helya sebelum Vincent sempat menghabiskan ayatnya.

Angel melihat mereka berdua menuju ke tengah dewan dan menghampiri Camelia. Angel tahu Helya ingin bersaing dengan Camelia untuk tunjukkan yang dia lebih hebat menari.

Ryan menundukkan badannya kepada seorang perempuan sebagai tanda terima kasih kerana menari dengannya sebelum perempuan itu beredar. Dia menghampiri Brodie yang sibuk berbual dengan seorang tetamu dalam bahasa France.

Ryan berdeham untuk menarik perhatian Brodie. Brodie mengucapkan sepatah dua kata kepada lelaki itu sebelum menghampiri Ryan.

" Bincang apa tu? Takkan bincang pasal business kot. " kata Ryan.

" Kalau ya? "

" Serius ah bro? "

Brodie selamba saja menyisip wainnya. Ryan menepuk bahu abangnya lalu menunjuk ke arah seorang perempuan yang sedang berdiri di tepi, hanya melihat pasangan-pasangan sedang menari.

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now