BAB 41 - Hopeless

984 99 8
                                    

BRODIE melangkah masuk ke dalam sebuah bilik di mana badan Ettore dililit dengan tali dan digantung di syiling. Brodie memerhati bilik yang penuh dengan daging  terrutamanya daging haiwan yang digantung di dalam bilik itu.

Brodie mendongakkan kepala memandang Ettore sekilas sebelum dia memberi isyarat mata kepada Eddy. Eddy mengarah anak buah Brodie untuk menurunkan badan Ettore.

Ettore yang masih bernafas itu jatuh terduduk di atas lantai. Brodie bercangkung di depan Ettore lalu memegang kedua-dua pipi Ettore sambil wajah lelaki itu ditenungnya. Banyak kesan lebam di muka lelaki itu hasil seksaan yang diterimanya.

Brodie mendongak memandang seorang anak buahnya, Sam dengan keningnya diangkat sebelah.

“ Dia masih berdegil untuk buka mulut. Kami dah cuba macam-macam cara tapi dia tetap tak akan dedahkan siapa dalang di sebalik semua ni. ” terang Sam.

Eddy berdiri di belakang Ettore yang sedang melutut lalu menarik rambut Ettore agar kepalanya didongakkan memandang Brodie. Sam berdiri di sebelah Brodie.

Parli inglese? ( Do you speak in English?) ” tanya Sam.

Ettore mengangguk lemah. Brodie menghampiri Ettore lalu pistol diacukan di bawah dagunya.

Just one question in three seconds Ettore. ”

BRNGGGG..

Who sent you? ”

BRNGGGG..

One. ”

BRNGGGG..

“ Two. ”

BRNGGGG..

BRNGGGG..

“ Thr- ”

BRNGGGG..

BRNGGGG..

BRNGGGG..

BRNGGGG..

“ Eeeeeeee bisinglah! Telefon sapa tu?! ” Jerkah Brodie.

Semua anak buahnya yang berada di dalam bilik itu memandang ke arahnya. Brodie mengeluh penat. Sungguh stress dia hari ini. Banyak meetings dan appointments yang dia terlepas lepas tu terpaksa turun padang untuk dapatkan info dari Ettore yang payah nak buka mulut.

“ Ehem.. tuan. ” Eddy berdeham.

Brodie mendongak memandang Eddy.

“ Telefon tuan. ” kata Eddy perlahan.

“ Gila ke? Aku mana ada bawa telef- ”

BRNGGGG...

Brodie berhenti bercakap apabila merasakan dadanya bergetar. Dia meraba dadanya lalu tersentuh telefonnya yang berada di dalam poket baju kemejanya.

Dia berdeham sambil mengeluarkan telefonnya yang dari tadi asyik bergetar menandakan mesej masuk. Dia melihat hampir berpuluh-puluh mesej yang masuk ke dalam grup chat sebelum dibacanya.

Vincent - Seriously Bro?

Ryan - Alahh apa salahnya?

Vincent - kitorang tak ada, dia pergi cari jodoh ek?

Angel - diamlah Daniel.

Berkerut dahi Brodie membaca mesej itu. Dia ingin menanyakan siapa yang mencari jodoh itu namun teringatkan dirinya sedang dalam proses menyeksa orang jadi dia biarkan sahaja.

Kill Me, Love Me [OG]Where stories live. Discover now